Sinopsis :
JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!
“HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO YOU!”
Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini…
“AKU TERIMA NIKAH MIRA MAIRA BINTI AMIR…”
Tapi
kali ini, ikrar itu pula yang didengarinya, ketika dia menginjak usia
19 tahun. Mira Maira rasa bingung, keliru dan pasrah. Dengan rasminya
dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Alif Hazriq Bin
Dato’ Mustaffa Harun. CEO sebuah syarikat produk kecantikan.
Mereka
disatukan oleh Dato’ Mustaffa Harun atas janjinya pada sahabat lamanya
yang ketika itu dalam penjara atas kesalahan merompak. Dia bertekad
untuk tidak melepaskan Mira Maira ke tangan orang lain. Biarpun dia tahu
tindakannya itu tidak disukai oleh anak sulungnya.
Andai
bukan kerana perancangan bapa mertuanya yang tidak mahu dia berkahwin
dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab, adakah gadis sepertinya yang
bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung
sepertimana model iklan syarikat suaminya itu dapat memiliki suami yang
begitu sempurna dari paras rupanya? Sudah tentu jawapannya, tidak!
Mungkin itulah takdirnya…
Bukan
mudah untuk mengikat hati lelaki itu, apatah lagi mahu direbut dari
seorang model yang sangat rupawan dan disayangi oleh Alif Hazriq. Dyna,
satu-satunya yang menjadi pesaing hebat buat dirinya.
- ALIF HAZRIQ -
“Hei,
bro! Kau cakap dia okey? Cuba kau buka besar-besar mata tu, tengok,
fokus betul-betul, eeiii banyak kurangnya, bro. Berbanding dengan…”
“Jangan
pandang orang sebelah mata, bro! Kadang apa yang kita tengok buruk
itulah intan permata yang berkilau. Berbanding dengan yang tepek bedak
berkilo-kilo kat muka tu. Suatu hari nanti kau mesti menyesal dengan
kata-kata kau tu, bro...” kata Afif Haikal.
MIRA MAIRA
Dia
akui, semua yang didambakan oleh seorang isteri mampu dimilikinya.
Harta, keluarga mertua yang baik, nafkah zahir dan batin semuanya cukup.
Namun dia tidak mampu memiliki hati suaminya itu. Dia tidak mampu
membelai jiwa suaminya, kasih sayang yang didambakan untuk beberapa
bulan yang lalu masih lagi kaku dan membeku. Siapa dia sebenarnya di
hati suaminya?
Mmapukah
mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Berjayakah Alif
Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan