Pengikut

Ahad, 3 Mac 2013

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!




12
“MIRA tengok jam tangan ni, cantik tak?” Dato’ Farah menunjukkan kepada Mira Maira seutas jam tangan yang berwarna keemasan. Terbuka luas mata Mira Maira melihat kecantikan jam tangan tersebut. 
“Cantik sangat, umi…” dia yang tidak pandai tentang barang-barang jenama mewah ini, tidak dapat menyangkal kecantikan jam tangan itu. Dato’ Farah tersenyum meleret.
“Ini semua untuk Mira,” Dato’ Farah memakaikan jam tangan itu pada lengan menantunya.
“Umi… Mira tak layak pakai barang-barang mahal macam ni… Mira rasa…”
“Syyy… umi beli untuk menantu umi. Jangan menolak, Mira. tengok… cantiknya jam ni kat tangan Mira. Umi siap suruh mereka potong siap-siap. Umi tau lengan Mira kecil.” Dato’ Farah tertawa lembut.
“Terima kasih, umi. Terharu rasanya atas kebaikan keluarga umi.”
Tubuh Dato’ Farah dipeluk erat. Perasaan sebak yang dirasai oleh Mira Maira tidak dapat dikawal. Air matanya mula mengalir perlahan.
“Hesy… janganlah menangis. Nanti Alif cakap umi buat apa-apa pulak pada Mira.” usik Dato’ Farah. Air mata yang masih berbaki di pipi Mira Maira dielus dengan jemari runcingnya.
“Alif layan Mira dengan baik tak?” soalan itu membuatkan Mira Maira semakin hiba. Namun sedaya upaya dia menahan. Terpaksa berpura-pura bahagia sedangkan jiwa sudah semakin lara.
“Alhamdulillah, umi. Umi jangan bimbang, anak umi tu baik…”
Dato’ Farah mengangguk. Dia percaya dengan kata-kata menantunya itu.
“Umi… sudah-sudahlah dengan menantu tu. Siapa nak masak ni, perut dah lapar. Nanti saya telan semua barang-barang yang umi beli tu, baru umi tahu.” Alif Hazriq muncul di ambang pintu biliknya. Kedua wanita yang ada dalam bilik itu terkejut.
“Hesy… tak boleh sabar sikit. Baru umi nak bermesra dengan Mira. Sibuk aje dia,” balas Dato’ Farah.
“Umi… dah berapa jam umi luangkan masa dengan menantu umi ni? Tak puas-puas lagi ke? Bagilah peluang pada anak umi ni pulak nak bermesra dengan menantu umi tu. Tolonglah umi, perut saya dah lapar…” bagaikan budak kecil Alif Hazriq terus merenggek.
Senyuman di bibir Mira Maira mekar. Dia gelihati bila mendengar renggekan suaminya itu. Tidak sangka lelaki itu rupanya memang manja. Kalau di pejabat punyalah garang macam singa. Dekat rumah kalah kanak-kanak kecil.
Alif Hazriq terpegun memandang senyuman itu. Sangat luar biasa dan mengasyikkan. Kenapa dia tidak nampak senyuman yang secantik itu selama mereka bergelar suami isteri?
“Jom Mira, ikut umi ke dapur. Jangan layan mamat ni…” Dato’ Farah menarik tangan Mira Maira. Gadis itu hanya mengikut sahaja. Ketika melewati tempat Alif Hazriq berdiri, bahu lelaki itu dipukul oleh Dato’ Farah. Alif Hazriq terkejut.
“Adoi, sakitlah umi ni… nak mendera ke?” Alif Hazriq mengosok-gosok bahunya.
“Eleh budak lembik, tumbuk sikitpun kata sakit,” ejek Dato’ Farah.
“Umi jangan… nanti saya call teledera baru tau. Cepatlah umi… perut saya ni dah berdondang sayang ni…”
“Mari Mira,”
“Eh umi nak bawa pergi mana pulak kekasih saya ni, umi pergi soranglah. Biar Mira temankan saya,” tangan kanan Mira Maira dicapainya. Manakala Dato’ Farah turut memegang tangan Mira Maira di sebelah kiri.
“Umi nak masak dengan Mira. Kata tadi lapar sangat,” marah Dato’ Farah.
“Alah tak payahlah…”
“Eh dia ni… cepat kita osom,” cadang Dato’ Farah.
Mira Maira sudah tertawa melihat keletah dua beranak itu. Sepertinya mereka bagaikan kawan-kawan sahaja. Jauh di lubuk hatinya, dia sangat senang dengan situasi itu.
Maka bermulalah mereka bermain osom. Satu kali seri, dua kali turut seri dan ketiga Dato’ Farah yang menang.
“Itulah, Allah tu marah kalau lawan umi. Dah Mira, mari kita ke dapur. Tinggalkan budak sengal empat tingkat ni,” Dato’ Farah dan Mira Maira meninggalkan Alif Hazriq yang tersengih-sengih itu.
Itulah yang tidak ada pada Dyna, kemesraan. Uminya pentingkan kemesraan kerana uminya mahukan mereka semua seperti kawan-kawan tanpa hilang rasa hormat. Berjayakah dia memupuk hatinya dengan rasa cinta? Alif Hazriq hanya mengeluh. Dia juga tidak pasti, bisakah dia meneraju rumahtangga seperti babahnya?

“TADAA…” Dato’ Farah membawa hidangan ke ruang makan. Dato’ Mustaffa Harun dan dua anak lelakinya itu sudah sedia ada di meja makan. Mereka sudah tidak sabar mahu menikmati hidangan makan malam mereka.
“Umiii?!” dua suara bergabung menjerit serentak. Bulat mata Alif Hazriq dan juga Afif Haikal. Kedua-duanya berpandangan sesama sendiri. Wajah juga mencuka.
Dato’ Mustaffa Harun tersenyum sahaja apabila melihat lauk yang terhidang di atas meja. Seleranya terbuka, air liur pula semakin mahu meleleh.
“Kenapa? Dah jangan nak cerewet, makan aje apa yang ada.” Marah Dato’ Farah. Dia tahu mengapa kedua-dua mereka menjerit.
“Patah selera macam ni. Umi ni nak dera kami ke? Afif, jom makan kat luar. Sampai hati umi, kan?” Alif Hazriq berwajah mendung. Geram hati ya juga.
“Alah ini makanan juga, kan? Sedap apa…” sakat Dato’ Farah.
“Ya Allah, umiku sayang. Umi tak pernah masak semua ni… kami tak pernah sentuhpun, apatah lagi rasa. Tolonglah umi… buatlah lauk untuk kami…” separuh merayu Afifi Haikal, siap memek muka sedih lagi.
Dato’ Farah tersengih.
“Yalah, Farah. Awak tak pernah masak masakan ni. Bila awak belajar?” soal Dato’ Mustaffa Harun.
Sekali lagi Dato’ Farah tersenyum lebar. Rasa bangga pula dia.
“Eh mana perginya Mira, Farah?” Dato’ Mustaffa Harun baru perasan menantunya tiada di situ.
“Inilah saya nak beritahu abang ni, sebenarnya dialah yang masak siput sedut berlada ni. Seronok saya sebab menantu saya pandai masak. Lauk hari ni semua dia yang masak,” Dato’ Farah mencedok nasi dan diberikan kepada anak-anak serta suaminya.
“Habis tu, kami ni nak makan lauk apa? Umi ni… kejam sangatlah. Kalah pemerintah kuku besi,” Alif Hazriq menupang dagu. Perut sudah lapar gila. Selera mati dek ternampak siput sedut berlada itu.
“Jangan bimbang, lauk abang ada ni…” muncul Mira Maira membawa semangkuk ayam masak merah kegemaran Alif Hazriq dan juga Afif Haikal. Kedua-dua beradik itu bagaikan tidak percaya. Kemudian mereka tersengih-sengih.
“Macam nilah buat abang sayang…” kata Alif Hazriq sambil mencuit pipi Mira Maira.
Afif Haikal menjeling sahaja.
“Kontrol sikit, bro. Kat meja makan ni…” tegur Afif Haikal. Alif Hazriq hanya mengangkat kening.
“Dah cepat baca doa makan…” arah Dato’ Mustaffa Harun.
Alif Hazriq segera membaca doa makan. Perutnya sudah kebulur mana mungkin dia hendak melengah-lengahkan makannya.
Berselera Dato’ Mustaffa Harun dan Dato’ Farah. Sesekali pekena siput sedut yang dimasak dengan cili padi. Terangkat rasanya.
“Pandai Mira masak siput ni. Babah suka. Kalau rasa nak makan siput terpaksa babah cari kat luar. Umi tak pernah masak macam ni.” Puji Dato’ Mustaffa Harun.
Mira Maira tersenyum malu-malu mendengar pujian itu.
“Tak adalah, babah. Masak biasa-biasa aje ni. Bukan pandai sangatpun.” Jawab Mira Maira perlahan.
Alif Hazriq hanya menjeling. Seronoklah tu kena puji… kata hatinya.
“Kalau babah nak makan, babah bolehlah panggil Mira masakkan untuk babah ya?”
“Boleh, babah… bila-bila masa aje kalau babah nak makan telefon saya,” jawab Mira Maira, seronok rasanya kalau orang suka dengan masakannya.
Selesai mereka makan, Mira Maira dan Dato’ Farah mengemas meja. Dato’ Mustaffa Harun dan anak-anaknya duduk berehat di ruang tamu.
“Untunglah orang-orang lelaki duduk goyang kaki aje lepas makan…” sindir Dato’ Farah.
Dato’ Mustaffa Harun ketawa sahaja. Alif Hazriq menepuk-nepuk perutnya.
“Jangan merunggut, umi… banyak ganjarannya yang umi dapat. Untunglah dapat ganjaran besar…” jawab Alif Hazriq pula. Dato’ Farah hanya mencebir.
“Sudahlah, umi. Umi pergilah duduk. Mira dah siap basuh pinggan. Nanti Mira mop lantai dapur ni ya?”
“Eh tak payah mop, Mira. Esok-esok aje. Mari kita ke ruang tamu.” Dato’ Farah mengajak menantunya itu.
“Umi pergi dulu, Mira buat air panas sekejap ya…”
“Macam nilah menantu umi. Pandai serba-serbi. Tak salah rupanya pilihan umi. Terima kasih, Mira...” Dato” Farah mengusap lembut pipi Mira Maira.
“Terima kasih juga buat umi sebab terima saya. Sedangkan saya ni…”
“Dah jangan cakap lagi. Tak baik asyik ungkit perkara lama. Umi pergi dulu ya…” Dato’ Farah tidak mahu Mira Maira mengungkit kisah lampau keluarganya, dia tidak pernah pandang serong. Masa lalu biarlah berlalu pergi. Apa yang penting, sekarang ini. Dia perlu menjaga Mira Maira.
Sementara itu, Mira Maira terasa sebak atas kebaikan keluarga mertuanya itu. Kadang-kadang dia rasa lega dan seronok berada di situ. Kerana di situ, suaminya akan melayan dia bagaikan isteri yang dicintai. Di situ juga dia rasa dilindungi. Perasaan itu akan hilang sebaik sahaja dia berada di rumah sewanya. Dia akan bersendiri, dibiar sepi.  Buat sekian kalinya dia mengeluh.
‘Ya Allah… kau bukakanlah pintu hati suamiku untuk menerima aku seadanya…’ bisik hatinya.
Perlahan dia melangkah sambil menatang dulang yang berisi air kopi. Dia tahu itu air kesukaan bapa mertua dan ibu mertuanya. Begitu juga dengan adik iparnya itu. Untuk suaminya pula semug air Nescafe.
“Minum babah, umi…” Mira Maira menghulur cawan yang berisi air kopi kepada bapa mertuanya. Selepas itu kepada ibu mertuanya pula.
“Terima kasih, Mira…” kata mereka serentak, bagaikan sepakat pula. Sehati sejiwalah katakan.
“Mira tak minum ke?” soal Alif Hazriq, Mira Maira menggeleng.
“Mira naik dululah ya, assalamualaikum semua.”
Mira Maira mengatur langkah menuju ke bilik yang dihuni bersama Alif Hazriq. Sebenarnya dia kepenatan.
Alif Hazriq menghantar langkah isterinya dengan mata yang tidak berkelip. Kemudian dia tersenyum sendiri.
“Tu kenapa senyum-senyum sorang-sorang? Dah kena sampuk ke?”  usik Dato’ Farah. Bibir Alif Hazriq terus terjuih.
“Umi nampak aje, kan? Jangan jaga tepi kain orang, umi. Berdosa,” balas Alif Hazriq pula.
“Bertuah punya budak. Nak kena mandikan dengan air kopi ni ke?”
“Eh janganlah umiku sayang… umi kalau marah, nanti nyamukpun takut.”
Mereka semua ketawa.

SATU pertiga malam, Mira Maira terjaga daripada tidur. Dia bingkas bangun. Pada mulanya dia hanya mahu ke bilik air sahaja, tetapi apabila sekembalinya dia di katil, matanya enggan mahu lelap,.
Tanpa membuang masa, dia ke bilik air kembali. Setelah membersihkan badan dan mengambil wuduk, dia terus melangkah ke bilik bacaan. Dia bersolat dan mengaji di situ.
Afif Haikal melangkah keluar daripada biliknya, dia terhenti seketika ketika melalui bilik bacaan, dengan pintu yang sedikit terbuka dia meninjau ke dalam bilik bacaan itu. Dia menjiwai setiap baris yang dibaca oleh Mira Maira. Dia tersenyum. Tiba-tiba akalnya punya mentol yang terang.
Waktu siangnya, ketika di meja makan…
“Kak Mira… bolehlah… tolonglah saya…” rayu Afif Haikal.
Serba salah Mira Maira dibuatnya.
“Bro! tolonglah pujuk isteri kau ni…” kali ini Afif Haikal merayu pula pada Alif Hazriq.
“Hesy kau ni, tengah makanpun kau sibuk dengan projek. Sabar… sabar…” Alif Hazriq menyuap nasi goreng.
Afif Haikal pula monyok sahaja kerana pagi itu tidak ada siapa mahu melayan kehendaknya.
“Bukan saya tak nak tolong Afif. Saya kena minta izin dengan Abang Alif dulu. Kalau dia izinkan, saya akan cuba.”
Kasihan pula Mira Maira melihat adik iparnya itu. Dia tahu itulah satu-satunya harapan dan masa depan adik iparnya itu.
Cerah semula wajah Afif Haikal. Wajah abangnya dipandang dengan mata yang terkebil-kebil.
“Tolonglah, bro…”
“Tolonglah dia, Alif. Kesian umi tengok anak comel umi ni… ini projek pertama dia.” Dato’ Farah bersuara juga akhirnya.
“Buatnya suara dia macam katak panggil hujan macam mana?” selamba sahaja Alif Hazriq berkata. Bulat mata Mira Maira memandang suaminya itu. Dia tidak tahu sama ada itu kata-kata gurauan ataupun memang benar-benar dia maksudkan.
“Alif?!” jerit Dato’ Farah.
“Apa umi ni jerit-jerit? Depan rezekilah.” Tegur Afif Haikal. Dato’ Farah mengetap bibir.
“Macamlah suara dia sedap sangat, bukan macam katak panggil hujan lagi katak purupun lagi sedap bunyinya daripada suara dia,” sesedap rasa juga Dato’ Farah mencelah.
“Eleh, umi tu jeles. Tak dapat terima hakikat suara saya sedap, kan? kan? kan?”
Mira Maira yang baru hendak berkecil hati, terus tidak jadi dek kerana gurauan-gurauan anak beranak itu.
“Jangan bimbang… suara Kak Mira best ooo…”
“Mana Afif tau?” soal Mira Maira kehairanan. Bila pula lelaki itu mendengar dia menyanyi? Tidak pula dia pernah menyanyi.
“Malam tadi…” jawab Afif sambil tersenyum.
“Hah?!” kali ini Alif Hazriq terhenti menyuap, dia memandang wajah Mira Maira. Mata mereka bertaut lama. Jantung Mira Maira berdebar-debar.
“Kau skodeng isteri aku ke, bro?” Alif Hazriq tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut dan tidak sedap hatinya.
“Hesy…  tak payahlah nak cemburu sangat. Malam tadi aku terdengar dia mengaji kat bilik bacaan. Suara dia sedap sangat. Sebab tu aku rasa dia sesuai dengan watak Melur tu.” Jelas Afif Haikal.
“Okey… aku setuju.” Akhirnya Alif Hazriq memberi kebenaran juga. Mira Maira tersenyum.
“Tapi dengan satu syarat ya…” celah Mira Maira pula.
Berkerut dahi Afif Haikal.
“Syarat pulak…”
“Afif jangan tunjukkan muka saya pada skrin akhir ya. Macam upin ipin tu. Saya tak mahu.”
Pantas sahaja Afif Haikal mengangguk.
“Beres!” dia membuat tabik kepada kakak iparnya itu.

Tiada ulasan: