TEASER 2
“You memang
tak guna! Lepas apa yang you buat pada I, you langsung tak mahu
bertanggungjawab! Lelaki pengecut!” Dyna terus mengamuk. Tubuh Alif Hazriq
dipukul-pukulnya.
Selepas itu
tanpa diduga, Dyna terus menyerang Mira Maira. bagaikan orang gila, Dyna
memekik-mekik dan memaki hamun Mira Maira. Gadis itu sangat takut dengan situasi
itu.
“Anak
perompak! Tak sedar diri! Ada hati nak rampas kekasih aku, sedarlah diri tu
sikit,” dia terus menyerang, namun Alif Hazriq melindungi Mira Maira.
“Eh! You ni
kenapa? Dah gila ke?” herdik Alif Hazriq.
“You cakap
I gila? Hah! Memang I gila! Semuanya sebab you!” melengking suara Dyna. Dewan
itu senyap sunyi hanya suaranya sahaja yang kedengaran.
“Kalau
semua orang nak tahu, perempuan ini adalah anak seorang perompak yang terkenal
sikit masa dulu. Perompak yang dijatuhkan hukuman mati! Perempuan ni tak sedar
diri!!!” jeritnya.
Mira Maira
terkejut, dia rasa malu. Tanpa membuang masa dia terus berlari keluar dari
dewan itu.
“Mira!”
laung Alif Hazriq. Tanpa membuang masa, dia terus mengejar Mira Maira.
Pang!!!
Belum
sempat Dato’ Mustaffa Harun menampar pipi Dyna, makdek terlebih dahulu telah
menamparnya. Muka makdek sudah merah padam menahan marah. Memang pantangnya
apabila ada yang mengungkit kisah arwah abangnya itu.
“Kita jumpa
di mahkamah!” Dato’ Mustaffa Harun memberi amaran kepada Dyna. Majlis itu
terpaksa dibubarkan kerana masalah itu.
P/S :
Biarpun ciput tapi saja nak ingatkan kalian pada MIRA MAIRA... sayang korang....
6 ulasan:
la pendeknya x leh panjang sikit.
Tu ler.....tak dan nak feeling2. Frust you...x mo kawan lah. Majuk nie
hahahahahahahaha janganlah marah sayang2 semua....
Alhamdulillah cerita ni dah lulus penilaian, tunggu aje terbitnya nanti tapi tak tau bila harap2 tahun nilah....
okey next letak panjang sikit eh....
Wah....x sabor nak bli ni.ok2 nak kawan
Rindu kat Mira dan Alif!!! Nak Teaser lagi!
Zalina
ada perkhabaran gembira, insyaALLAH ia bakal menemui pembaca sedikit masa lagi......
Catat Ulasan