3
Kemanapun kaki melangkah…
Kenangan silam pasti mengekori…
USAI mandi, aku segera
mengerjakan solat zuhur yang sudah di penghujung waktu. Ya Allah… ampunilah
aku. Aku tahu, solatku ini bagaikan kain buruk yang layaknya dicampak sahaja ke
dalam bakul sampah. Dibuat alas kaki dan diinjak2 ke tepi. Astagfirullah…
“Ya Allah… aku tahu aku hanya insan yang
lemah. Aku tak sekuat mana, namun aku akan lebih tabah dengan keredaanMu… aku
akan lebih tenang dengan kasih sayangMu… bantulah aku ya Allah… bantulah aku…”
Tidak sesaatpun aku mampu melupakan
kisah hidupku. Tidak! Tidak mungkin sama sekali… aku akan ingat sampai
bila-bila! Mungkin juga sehingga ke hujung nyawaku.
Aku berteluku di atas sejadah. Cuba
merenung masa depanku yang seakan tiada sinarnya, namun aku tidak punya kuasa
luar biasa yang mampu menayangkan apa yang akan berlaku kelak. Aku tertunduk
sayu.
“Sampai bila?” masih terngiang-ngiang di
telinga pertanyaan abang sulungku.
Ketika itu kami sedang melihat-lihat
rumah yang ingin disewa. Ya… rumah yang sekarang ini aku huni bersama-sama
dengan Killa dan Amani. Semua itu hasil bantuan abang sulungku. Malah sewa
rumah itu juga dibiayai oleh abang aku.
“Entahlah, Hira tak ada jawapannya.”
“Hira…”
“Bukan mudah, abang long. Andai Hira
punya kuasa yang mampu hilangkan ingatan Hira ni, Hira akan buat,” perlahan aku
berbicara, cuba menutup kesedihan hati.
“Tapi Hira boleh cuba, kan?”
“Sesiapa yang mengalaminya saja yang
akan faham perasaan Hira.”
“Abang long tahu… abang long juga sedar,
adik abang long ni sangat tabah orangnya. Macam arwah mama…”
Firas, abang sulungku membalikkan tubuh aku
menghadapnya. Wajah aku ditatap lembut. Wajah aku yang mampu menyembunyikan
sejuta memori kesengsaraan.
“Abang long…” akhirnya aku tewas juga, aku
memeluk erat abang sulungku.
“Dahlah… abang long minta maaf ya… lain
kali abang long tak desak Hira lagi.” Pujuknya. Dia mengesat air mata yang
mengalir di pipiku.
Aku hanya mampu mengangguk. Perasaan
sebakku membuatkan mulut aku jadi terkunci. Aku kemam bibir, cuba mengusir
perasaan sedih itu pergi.
“Okey, Hira suka tak rumah ni? Ada tiga
bilik, satu ada bilik air. Dua lagi biliknya kecik sikit. Hira boleh bawa dua
orang kawan Hira duduk sini, hanya dua saja ya. Abang long tak nak Hira duduk
ramai-ramai. Segala kos, abang long tanggung.”
Aku mengangguk lagi. Tidak terkata
rasanya, abang long memang seorang yang bertanggungjawab. Apatah lagi dalam
kebajikan aku.
“Hira rasa okey sangat ni. Tapi kalau
Hira bawa kawan, macam mana pulak dengan diorang, sewa tak payah bayar ke?”
“Bayarlah… minta seratus sorangpun
okeylah… nanti Hira boleh guna duit tu. Kalau Hira dah suka rumah ni, abang
long dah boleh confirmkan.”
“Terima kasih, abang long. Sayang sangat
kat abang long…” aku melentok manja di bahu abang long. Dia mengosok kepala aku
pula.
“Untuk Hira, abang long sanggup buat apa
aje. Ingat tu… abang long takkan biarkan Hira sendirian.” Perasaan aku sebak
kembali. Aku sayang abang long, sayang sangat-sangat. Di dunia sampai ke akhir
nyawaku. Abang-abangku adalah nyawa bagiku.
PERASAAN aku kian tersentuh. Aku bingkas dari duduk yang lama. Dengan masih
bertelekung, aku melangkah ke atas katil. Aku buka beg tangan yang aku gunakan
tadi, telefon bimbit aku keluarkan dari
beg itu. Pantas sahaja tangan aku menekan nombor seseorang.
“Assalamualaikum…” jawab suara di
hujung talian. Lebar sahaja senyuman aku.
“Waalaikumussalam, abang long…”
“Adik abang long sihat ke hari ni?
Apa mimpi call abang long ni, dah makan ke belum?” itulah abang longku. Lengkap
soalan yang diajukan. Aku tergelak sendiri.
“Belum
makan… abang long tengah makan, ya? Dengan siapa, geli friend eh?” usikku.
Kedengaran dia tertawa pula. Malulah tu…
“Belum
makan? Biar betul, dah pukul berapa ni tak makan lagi?” aku dapat bayangkan wajah
abang longku serius dan dia mula membebel. Mesti rakan di hadapannya tersenyum
bila mendengar dia membebel. Alahai, namapun abang sulung. Tak banyak, sikit
mesti ada tabiat suka membebel juga.
“Kejap
lagi Hira makanlah… abang long janganlah bimbang sangat. Hira saja nak call
abang long, rasa macam rindu sangat.”
Dia
tertawa lagi.
“Hira
teringatkan kisah lama ke?” soal abang long perlahan. Kata-katanya hanya aku
seorang sahaja yang mendengarnya. Seolah-olah dia berbisik di telinga aku.
Aku
terdiam. Abang long dapat menduga.
“Sampai
bila, Hira? Cuba buang jauh-jauh perasaan tu. Abang long tau, Hira seorang yang
lembut hati. Maafkanlah dia…” pujuknya. Aku mula menahan sebak.
“Entahlah,
abang long. Hati Hira ni…”
“Cubalah,
sayang… dah solat?”
“Dah…
baru lepas.” Dengan lelaki itu, aku tidak mampu berbohong.
“Ya
Allah… kenapa dengan adik abang long ni?” aku tertawa, tahu benar selepas itu aku
akan menerima syarahan yang panjang lebar.
“Hira
tau… lain kali Hira tak buat lagi eh…”
“Nasib
baiklah depan abang long ni ada orang, kalau tak, memang dah kena adik abang
long sorang ni.”
“Okeylah,
abang long. Hira nak pergi ke dapur cari makanan. Lapar pulak perut ni. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…
jaga diri Hira…”
Aku tutup
telefon bimbitku. Selepas itu aku melipat telekung yang hanya aku longgok di
atas katil sebentar tadi. Usai melipat dan menyangkut, aku atur langkah menuju
ke ruang tamu. Killa sedang enak melingkar di hadapan televisyen.
“Killa,
kau dah masak?” sengaja aku bertanya, walhal aku sudah tahu jawapan rakanku
itu.
Killa
terkejut bila disapa secara mengejut begitu, dia menoleh ke arah aku. Bibirnya
pula tersengih lebar.
“Macam
biasalah… setakat goreng telur aku no hal punya... pejam matapun boleh goreng,”
cakap sikit punya kerek, padahal goreng telurpun boleh hangus. Aku mencebir.
“Apapun
tak boleh!” Pantas kaki aku hayun ke dapur.
“Alah,
kaukan ke chef kat dalam rumah ni…”
“Yalah…
esok-esok kau nak berlaki, baru kau nak mengelabah belajar masak ke? Kalau aku
jadi lelaki, tak ingin aku ambil kau buat bini. Buat lapar perut aje.” Ejekku dari
arah dapur.
“Alah aku
carilah orang kaya-kaya… mesti dia sediakan orang gaji, masa tulah aku jadi
‘mem’ besar,” jawab Killa selamba.
“Yalah
tu… kalau dapat yang kaya, kot dapat yang kayap? Gigit jarilah kau,” usik aku
lagi.
“Susah-susah,
kau rekemenlah aku dengan abang-abang kau. Takkan sorang pun tak jatuh hati
pada aku. Senang sikit, aku suruh kau aje yang masak…”
“Ah…
malas aku layan kau. Masak lagi baik.”
Aku
melihat nasi yang sengaja dia masak pagi tadi. Oleh kerana terasa malas hendak
masak lauk-pauk, aku terfikir hendak masak nasi goreng saja. Nasi goreng
planta. Hmmm… sudah lama juga aku tidak makan nasi goreng kegemaran abang ngah
aku. Sayu hatiku bila terkenangkan abang aku yang seorang itu. Rindu semakin
mencengkam dada.
Bawang
putih aku ketuk sahaja. Bawang merah pula sudah siap aku kisar dan simpan ke
dalam peti sejuk.
Aku mula
menumis, baunya sudah semerbak sehingga membuatkan Killa yang sedang berbaring
terus bangkit. Cepat sahaja dia berdiri di sebelahku.
“Weh!
Wangi gila. Perut aku jadi lapar sangat dah ni. Aku buat air eh…” automatik,
Killa terus jadi rajin. Tapi rajin setakat sediakan air, sediakan pinggan
okeylah.
“Kenapa
kau jerit tadi?”
Aku yang
sedang asyik mengacau nasi goreng menoleh ke arahnya. Keningnya terangkat. Aku
pula menjongket bahu.
“Kau
teringatkan papa kau?” berhati-hati Killa bertanya. Aku hanya diam.
Mungkin Killa
mengerti, diam bermakna usah ditanya lagi. Dia turut diam.
“Tak
sabarnya aku nak makan… lapar gila dah ni…” Killa mengusap perutnya.
Aku tahu,
dia cuba untuk buatkan aku gembira. Aku hanya tersenyum. Perut aku juga sudah
lapar. Kebulurlah kalau hendak harapkan anak dara sorang itu masak.
“Okey,
dah siap. Jom kita makan!!!” aku meletakkan kuali dalam singki. Itu kerja
Killa. Basuh membasuh segala peralatan dapur. Dapur masak aku sudah lap bersih.
Killa
mengambil pinggan. Air oren yang sudah siap dituang ke dalam cawan aku teguk.
Aduhai… leganya tekak. Sedap kalau anak dara itu buat air.
“Dah
cepat Hira. Aku nak baca doa ni. Bismillahirohmanirohim…” diikuti dengan doa
makan.
Kami
makan dengan khusyuk sekali. Waktu lapar begitu, tidak ada yang lebih baik dari
mendiamkan diri dan menikmati makanan sepenuh hati.
“APA macam, jumpa tak bos akak?” soal
Amani. Belum sempat letak beg lagi, dia sudah menerkam ke arah aku yang sedang
membaca novel.
“Hesy…
akak ni…” Aku mengurut dada. Potong stim betullah anak dara seorang ni. Begitulah
kalau aku sudah ralit membaca novel. Orang bagi salampun telinga aku boleh tuli
tidak mendengar. Astagfirullah… teruk betullah. Walhal menjawab salam itu
adalah wajib.
“Ceritalah…
dah tak sabar ni…”
“Nak
cerita apa?” berkerut dahi aku, aku menutup novel yang ada di tanganku.
“Alah…
buat-buat tak tau pulak. Pasal temuduga tadilah… jumpa tak dengan bos handsome
akak?”
“Bos akak
yang mana satu eh?” aku mengaru kepala. Aku sendiri tidak tahu yang mana satu
bos syarikat itu. Bukan ada gambar dia terpampang di mana-mana.
“Budak
ni… dia ajelah satu-satunya lelaki handsome yang teramat sangat kat situ. Tak
ada orang lain lagi dah.” Amani memukul bahuku.
“Ada ke
yang paling handsome kat situ tadi?” Aku cuba mengingati wajah-wajah yang aku temui
siang tadi. Pada aku, biasa-biasa sahaja. Tidaklah sampai aku meleleh air liur
bila memandang mereka.
“Pak
guard tadipun boleh tahan juga rupa dia, tapi taklah dalam kategori handsome
sangat-sangat…”
“Tak boleh
harap betul!” marah Amani.
“Marah
pulak?”
“Pak
guard tu buat apa… dah tua bangka. Kau ni memang sah mata kero. Orang semua
cakap Encik Syed Zainul Muttaqin tu kacak sangat.
Muka dia macam pak arab kat timur tengah tu….” Terjuling-juling mata Anum
mengingat wajah bosnya yang kacak lagi bergaya itu.
“Ooo…
ada sorang tu macam bai jual karpet tu ya?” baru aku dapat mengigati wajah
lelaki yang melanggar aku ketika mahu melangkah masuk ke dalam lif.
“Apa?”
soal Amani dan Killa serentak.
“Apa?”
soal aku semula.
“Hira
cakap macam muka orang jual karpet?” Amani pecah perut tergelak. Sampai dia
terduduk-duduk di lantai.
Aku
jadi pelik pula. Killa turut tergelak sama bila melihat Amani yang sudah berair
matanya.
“Lawak
sangat ke?” soalku bingung lagi tongong, aku membuka novel semula. Malas hendak
layan budak dua ekor itu. Gelak macam hantu raya.
“Kalau
bos akak tu tau Hira panggil dia macam orang jual karpet, mesti dia menangis
guling-guling. Kiranya Hira sorang aje yang cakap dia macam tu. Rata-rata orang
perempuan jumpa dia tak berkelip mata memandang.” Amani berkata sebaik sahaja
tawanya kian reda.
Aku
tersengih tanpa mengangkat wajah.
“Kau
ni memang rabunlah. Aku tengok gambar Kak Amani, punyalah kacak bos dia. Kau
boleh cakap dia macam orang jual karpet. Langsung tak ada citarasa,” omel
Killa.
Kali
ini aku angkat muka kemudian aku mencebir ke arahnya.
“Suka
hati akulah. Alah setakat muka handsome buat apa, kalau budi bahasa tak ada.
Orang jual karpet tupun peramah lagi. Dahlah, aku nak layan novel ni. Layan
korang, buat sakit kepala aku aje.”
“Ni
mesti ada apa-apa yang berlaku tadi, kan? Kalau tak, takkanlah boleh cakap
macam tu.” Tebak Amani.
“Tak
pentingpun…”
“Yalah…
tak penting… jangan benci-benci orang, nanti jadi suami baru tau…”
“Ek eleh,
bila masa Hira benci dia, tak ada maknanyalah.”
“Macam
akak tak kenal Hira tu… kalau orang tu baik, Hira mesti puji dia melangit. Tapi
ni semacam aje…”
“Betul…
betul…” sokong Killa.
“Korang
ni… dahlah, cerita lain lagi bagus. Buat apa nak cerita pasal lelaki. Maksiat tau
tak?”
“Maksiatlah
pulak…” Amani dan Killa serentak bersuara. Rasa membahang muka aku dibuatnya. Aku
terus mengambil earphone lalu aku lekap ke telinga. Sudahnya, Amani dan Killa
ketawa serentak.
“Malulah
tu…” kata Killa.
“Sibuklah
kau…” balasku.
4 ulasan:
best.....nak lagi.
TQ sudi baca.... sabar eh
Lagiiiiiiiiiii.. Heee :)
bestnyer..... bila nak smbung lagi....=D lama dah tunggu sambungan citer ni....
Catat Ulasan