4
Cuba diusir rasa resah…
Ia tetap dapat dirasai…
“AGAK-AGAK, Hira dapat ke kerja tu?” soal Amani sambil mengunyah nasi goreng
yang aku masak petang tadi.
Aku yang sedang menelaah buku di meja
makan, mengangkat wajah. Aku pandang wajah Amani yang duduk di hadapan aku.
“Entahlah, kak. Kalau dapat
Alhamdulillah. Kalau tak, cari kerja lain ajelah…” jawab aku sambil lewa.
Memang tak ada semangatpun.
“Lah… kan ke Hira ada sijil pengawal
peribadi. Takkanlah mereka tak terima. Lagipun akak dengar khabar angin, bos tu
nak perempuan.”
“Nak perempuan? Habis tu, kenapa dia
buka untuk lelaki juga? Peliklah, kesian diorang buang masa kat situ tunggu
giliran temuduga tapi akhirnya ambil perempuan juga,” bantah aku. Langsung
tidak bersetuju dengan cara bos Amani itu. cakap sahajalah terus terang.
“Mungkin diorang baru buat kata putus
nak ambil perempuan. Masa buat iklan hari tu, diorang memang membuka kepada sesiapa
saja.” balas Amani. Aku menggeleng.
“Akak tau tak diorang punya temuduga tu
memang tak masuk akal langsung. Ada ke dia tutup mata orang lepas tu suruh teka
bahan-bahan masakan. Apa kes? Terang-terang lelaki tak dapat nak jawab. Lainlah
dia pakar memasak, hah memang senang kacanglah.”
Amani tergelak.
“Hah! Tengoklah, akak pun boleh gelak,
apatah lagi orang yang kena temuduga ni. Puas dah otak ni fikir apa motif
diorang buat macam tu.”
“Hira… Hira…” Amani pula menggeleng.
“Kenapa pulak?” soalku pelik.
“Hira terfikir tak yang diorang tu saja
nak menguji? Mungkin diorang nak tengok, macam mana cara kita menghadapi
situasi begitu. Misalnya situasi yang tak diduga. Sama ada kita panik ataupun
tak. Itu ada kaitan juga dengan kerja yang Hira minta tu. Manalah tau, Hira
berhadapan situasi yang Hira sendiri tak jangka. Apa yang patut Hira buat, sama
ada tinggalkan, mengalah atau hadapi juga?” Amani menerangkan maksud temuduga
tersebut. Itu sekadar pandangan peribadinya sahaja.
Aku tersentak dan termenung seketika.
Begitu juga dengan Killa yang sejak daripada tadi memasang telinga. Seperti aku
juga, dia turut kerahkan otaknya untuk berfikir kebenaran kata-kata Amani tadi.
Mahu saja aku menyepak kepala aku yang
langsung tidak terfikir semua itu? Betul juga! Menghadapi situasi yang tak
diduga. Hmm… mujurlah aku dapat juga hadapi. Kalau tidak… tapi entah betul
entahkan tidak aku jawab tadi, belasahlah labu…
“Hira dapat jawab ke tak?”
Aku mengangguk.
“Akak tau minat Hira, kan?”
Amani pula yang mengangguk. Memasak! Itulah
hobi aku. Kalau minta tolong masakan apa-apa saja, aku tidak pernah menolak.
Walaupun waktu itu di tengah malam. Kebiasaannya aku sudah menyediakan
bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Bawang merah, bawang putih, lada semuanya
telah siap diblander. Ia sangat menjimatkan masa. Aku belajar semua tupun dari
nenek. Nenek kata, jadi perempuan ni kena kreatif, bukan pasif hehehehe.
“Akak yakin, Hira yang dapat kerja tu.”
“InsyaAllah… kalau dapat, Hira belanja
korang berdua,” kataku selamba, padahal dalam hati tidak ada keyakinan
langsung.
“Wah! Tu yang nak dengar tu. Aku suka! Aku
suka!” hampir terlonjak-lonjak Killa. Aku hanya menjeling dia. Aku juihkan
mulut aku tanda meluat.
“Hesy… pantang budak ni dengar makan
free. Laju aje,” sindir Amani. Killa tersengih. Dia mana tahu ambil hati, orang
cakap apa dia tersengih saja.
“Mestilah, beb! Apa perkara yang paling
best sekali, kalau bukan makan free? Orang nak belanja, kita cuma hantar perut
aje. Bukan susah sangat…” jawab Killa selamba badak.
“Yalah tu… cuba tengok badan tu dah mula
naik, tak perasan ke? Sana sini lemak lebih-lebih. Nanti baju-baju awak tu tak
muat, baru tau.” Sindir Amani lagi yang merupakan kakak sepupu Killa.
Terkekeh-kekeh Faghira tertawa. Memang
nampak ketara tubuh Killa semakin berisi sejak kebelakangan ini.
“Mana ada!” Killa kurang senang. Aku apa
lagi tukang gelakkan dia.
“Kalau tak percaya, pergi timbang
sekarang. Berapa kilo dah awak tu naik?” sakat Amani, sengaja dia hendak
kenakan adik sepupunya itu.
“Ah… malas nak timbang. Biarlah nak naik
ke, nak turun ke… apa yang penting sekali, hati kita happy!” bidas Killa, tidak
sedikitpun dia berkecil hati dengan Amani.
“MINGGU depan, lepas kita habis periksa kita balik kampung
nak tak, Hira?” Killa menarik kerusi yang ada di hadapan aku.
Amani sudah masuk dalam biliknya.
Aku angkat muka, lantas memanandang
wajah Killa. Kemudian aku mengeluh berat.
“Minggu depan nenek aku kan ke pergi
China?”
“Minggu depan ke dia pergi?”
“Ya…”
“Alah… kalau nenek kau tak ada, macam
biasalah lepak rumah aku ajelah… weh kita dah lama tak balik kampung. Mak aku
dah mula bising. Dia kata aku ni dah mula lupa diri. Aku tak sedap hatilah
kalau mak aku cakap yang bukan-bukan macam tu…” pujuk Killa.
“Mak kau tau, kan? Kalau kita tak balik
pun kita tak keluar ke mana-manapun. Kita memerap dalam rumah aje. Aku bukannya
apa, malaslah kalau nenek tak ada. Tak best… kalau lepak rumah kau, aku segan
dengan abah kau tu.” Aku menahan tawa bila Killa buat muka.
“Hek eleh… sejak bila kau tau malu pulak
dengan abah aku ni? Selalunya kau larung aje…” Killa membaling gumpalan kertas
ke arah aku. Terhambur juga tawa kami berdua.
“Serius, Killa. Aku macam tak ada mood
nak balik kampung. Kalau kau nak balik, nanti aku hantarlah kau. Tapi hantar
kat puduraya ajelah.” Kata aku sambil bibir aku tersengih lebar.
Killa buat muka lagi.
“Alah…. Bosanlah kalau kau tak ada…
mesti panas telinga aku dengar panjang lebar leteran mak aku tu… jomlah, Hira.”
Pujuk Killa lagi.
“Macam aku tak kenal kau. Aku tau ada
sebab lain kau sibuk ajak aku. Apa kau nak takut, tadah ajelah telinga kau tu.
Paling tidakpun, dia berleter aje. Bukan kena pukulpun…” perlahan suara aku
seakan merintih nasib sendiri.
Pada aku, Killa beruntung punya ibu bapa
yang sangat mengambil berat. Sedangkan diri aku? Hmm… mudah benar tubuh ini
akan jadi sasaran tangan papa. Semudah itu juga papa akan melepaskan geram. Apa
daya aku untuk melawan? Seburuk-buruk papa, itu saja orang tua yang aku ada
selain dari nenek.
“Hira…” Killa memandang aku yang mula berubah
mood. Aku mula rimas bila dia pandang begitu.
“Aku okey, Killa. Jangan risau.”
“Tak apalah, aku balik sorang. Janganlah
kau sedih-sedih macam ni… aku tak sanggup tengok wajah mendung kau lagi.”
“Aku okey-okey aje… kau jangan risau,
ya?” aku cuba tersenyum. Biarpun hati aku mula berdebar-debar sebaik sahaja aku
teringatkan papa.
“Okeylah aku masuk tidur dulu. Kau ni
kalau baca buku pelajaran tak apa juga, ni menelaah novel tak habis-habis. Aku
risau tengok kau ni. Risau rebut taufan papa kau lagi, kau buat selamba aje.”
Killa membebel, dia bangun, kerusi yang didudukinya tadi di tolak ke dalam
meja.
Aku apa lagi hanya mampu tersengih.
“Orang cakap dia tersengih-sengih. Macam
kerang busuk. Dahlah, jangan tidur lewat sangat,” akhirnya Killa angkat kaki
juga. Mesi dia menyesal bercakap dengan aku umpama bercakap dengan beruang
panda yang dah kaku. Killa melangkah ke biliknya.
Aku mula termenung. Aku tahu Killa
sayangkan aku. Tapi aku pula? Hmm… jiwa aku terlalu mendesak, memberontak,
semuanya menjadi satu! Oleh kerana itulah, aku tidak peduli apa yang akan
terjadi nanti. Benar-benarkah aku tidak peduli? Aku tidak mampu mengupas
perasaan aku sendiri.
Aku menutup novel yang aku baca. Kemudian
aku menyusun buku-buku yang ada di atas meja itu. aku bangun, memeriksa pintu
sama ada sudah berkunci ataupun tidak. Lampu dipadam dan kemudian aku masuk ke
dalam bilikku.
MAHU tidur, mata aku masih tidak
mengantuk lagi. Aku capai laptop yang ada di meja sisi katil aku. Setelah
semuanya sudah siap bersedia, aku membuka skype. Nama seseorang aku dail.
“Hello, sayang… manja, intan payung,
busuk, bacin…” kedengaran suara beserta wajah yang sedang tersenyum terpamer di
skrin komputer riba aku.
Aku tertawa.
“Lagi?”
“Nak apa lagi? Dah cukup-cukuplah tu.
Kalau sebut lebih-lebih, hah silap-silap penuh muka tu sebab lubang hidung dia
besar,” seloroh lelaki yang ada di dalam laptop aku.
Lagi kuat aku ketawa.
“Ada apa panggil abang ngah ni?”
“Rindu sangat kat abang ngah…”
“Aikk? Rindu aje ke? Tak ada sebab
lain?”
“Iya… betul… orang rindu sangat…”
Jujur, aku betul-betul rindu pada abang
aku yang seorang ini. Abang yang paling rapat denganku. Tapi, abang aku yang
bertugas sebagai doktor ini tiada di Malaysia. Selepas tamat pengajiannya di
Mesir, abang ngah memohon kerja di hospital Gaza. Kata abang ngah,, dia mahu
berkhidmat di situ biarpun tanpa bayaran. Cukup besar impian abang ngah mahu
mati syahid.
“Hira… kalau Hira rindu abang ngah,
bila-bila masa boleh panggil abang ngah. Kita sentiasa boleh berhubung,
berbanding remaja-remaja di sini… mereka terlalu rindukan Allah kerana itu dia
tidak kisah tentang perasaan rindu mereka pada sesama manusia. Apa yang ada
dalam kepala mereka mahu berjuang untuk menuntut hak mereka dan mereka juga
perjuangkan Islam malah maruah Islam itu sendiri. Mereka tak ada masa untuk
melayan perasaan mereka. Yang mereka tahu, mahu melindungi. Bersabarlah dengan
perasaan tu, doakan abang ngah di sini. Lagi panjang umur abang ngah, lagi
banyak bakti abang ngah boleh hulurkan untuk mereka. Andai Allah izinkan kita
bertemu, InsyaAllah suatu hari nanti, abang ngah balik ya?”
Mengalir air mata aku kala mendengar
kata abang ngah itu. Namun begitu, bila berbual dengan abang ngah, aku rasa cukup
tenang. Biarpun kadang-kadang aku tidak dapat terima apa jua alasan abang ngah
berikan. Sudah lama aku pujuk abang ngah supaya pulang ke Malaysia. Pelbagai
alasan yang abang ngah berikan.
Tiga tahun yang lalu, bila abang ngah
mengambil keputusan untuk menetap di bumi Gaza, papalah orang yang paling
kecewa. Dia mengamuk, apa yang aku dengar, habis semua barang papa pecahkan.
Tapi abang ngah tetap dengan keputusannya. Biarpun tahu papa akan marah
padanya.
“Kenapa diam?”
Aku angkat muka, aku pandang skrin komputer
ribaku, abang ngah sedang kembang kempiskan hidungnya. Akhirnya gelak aku pecah
juga.
“Gelilah bila abang ngah buat macam tu,
eiii… tak senonoh abang ngah ni tau,” kataku, tawaku masih lagi belum berhenti
lagi.
Abang ngah aku turut tergelak sama.
“Sekarang, beritahu abang ngah, apa
masalah, Hira?”
“Sebenarnya, Hira nak kerja lepas exam
ni. Dah tak nak sambung belajar lagi…” perlahan aku menyuarakan hasratku. Aku
tahu, tiada siapa yang akan setuju. Tapi berlainan dengan abang ngah, yang
lebih bersikap terbuka.
“Jadi?” serius saja wajah abang ngah. Aku
mula jadi kecut perut. Takut juga kalau sekiranya abang ngah yang selama ini
tidak pernah marah, melenting tiba-tiba.
“Hira… Hira nak bagitau abang ngah aje…”
kataku perlahan, seolah aku berbisik dengannya.
“Serius ke Hira nak kerja?” Aku mula
tersengih. Aku tahu, abang ngah tidak pernah menghampakan diriku. Laju saja aku
mengangguk.
“Kerja apa yang Hira dah mohon?” selidik
abang ngah. Sudah menjadi kewajibannya untuk bertanya. Aku faham, bukan mudah
untuk menjaga adik perempuan seperti
aku.
“Belum dapat lagi, ingat nak minta izin
abang ngah dulu. Kerja kilangpun Hira tak kisah, asalkan rezekinya halal, abang
ngah…” aku pandang mata abang ngah. Dia mengangguk-angguk.
“Kalau betul Hira nak kerja, abang ngah
izinkan. Tapi jangan kerja yang bukan-bukan. Minta izin juga dengan nenek.
Nanti abang bagitau abang long.”
Fuh! Lapang rasa dada aku. Tidak lagi
terbeban dengan masalah itu. Senyumanku makin lebar.
“InsyaAllah, abang ngah. Tapi nenek tu
asyik tak ada kat rumah aje. Nanti dia nak pergi China pulak. Terima kasih,
abang ngah…” meleret suaraku,, manjalah kononnya.
“Biarkan dia, Hira. Dari kecil umur Hira
dia jaga, dia tak bebas ke mana-mana, sekaranglah masanya dia nak habiskan sisa
hidup dia. Tak apa, doakan dia lebih sihat, bolehlah dia buat ibadah…” nasihat abang
ngah.
“Yalah… moga nenek sihat walafiat. Okeylah
abang ngah, Hira nak tidur dah. Rasa lega bila dah luahkan pada abang ngah.
Terima kasih…” aku tersengih, menanyangkan gigiku yang putih bersih, itu kata
orang ya… bukan aku hendak puji diri sendiri.
“Sama-sama… jaga diri, Hira. Tak ada apa
yang lebih berharga selain dari nyawa dan maruah diri. Moga jadi wanita
solehah, sayang. Abang ngah sayang Hira sangat-sangat…” kedengaran sebak sahaja
suara abang ngah. Mataku mula berkaca.
“InsyaAllah, abang ngah. Moga Allah
melindungi abang ngah juga. Moga menemui gadis yang mampu menyinari kehidupan
abang ngah,” kataku pula.
“Amin…”
“Assalamualaikum, abang ngah.”
“Waalaikumussalam…” jawabnya. Wajahnya
mula hilang dari padangan mataku. Aku menutup skype. Inilah yang menyenangkan
hatiku. Berbual dengan abang-abangku.
Aku tersenyum senang hati. Apa yang
merisaukanku selama ini telah tiada. Kebiasaannya, bila aku beritahu abang ngah
terlebih dahulu, pasti abang long dan dua abangku yang lain takkan membantah.
Pendek kata, abang long akan turun pangkat secara automatik dengan abang ngahku.
“Alhamdulillah…” ucapku. Komputer riba aku
letak pada tempatnya semula. Aku bersiap-siap untuk tidur. Sebelum melelapkan
mata, aku cuba memaafkan semua orang termasuklah papa. Biarpun papa tidak
menyukai diriku. Apa yang penting, sedaya upaya aku cuba membuang perasaan
dendam!
“Bismikallahumahyawaamut…”
Klik! Lampu terpadam dan mata juga turut
tertutup sama…
P/S: sudi2kanlah baca ya....
4 ulasan:
Best kak lama juga x ada n3 baru.
Lagiiiiiiiiiii.. Hehe.. Makin menarik cite niy
This is in fact a nice blog with abundant post, I would in fact like to accumulate account here. Acknowledgment for this nice article, admired admonition for all and of advance I will acclaim my accompany to apprehend this for sure.
HealthCare CPA
Bestnya nk lagii....hehehe
Catat Ulasan