21
DALAM komuter, Mira
Maira hanya mampu menahan sebak yang kian di penghujung. Dia tidak mahu air
mata mengalir dan disaksikan oleh penumpang lain. Biarlah dia bertahan. Jemari
digenggam erat agar dia betul-betul mampu menahan sebak di dada. Walaupun air
mata cuba menerjah-nerjah tubir matanya. Dia cuba dan terus mencuba.
Kali ini rajuk hatinya lama. Dia sudah tidak dapat
menahan rasa lagi. Kesabarannya juga kian menipis, untuk apa menanti orang yang
tak sudi? Mira Maira mengetap bibir. Sudah berbulan dia menjadi isteri kepada
Alif Hazriq, tidak sedikitpun dia rasa disayangi. Kalau adapun ketika mereka
berada di rumah mertuanya. Mengapa mesti hendak berpura-pura? Sampai bila ia
akan bertahan?
‘Ah… lelaki itu memang tak perlukan kau, Mira.
Buat apa kau nak bersua-sua dengan dia? Mungkin inilah masa dan ketikanya,
Allah mahu tunjukkan jalan yang terbaik buat diri kau…’ Mira Maira berkata
dalam hatinya.
‘Ya Allah… tolonglah aku, andai ini keputusan yang
terbaik buat aku, kau permudahkanlah. Aku tak cukup kuat nak harungi ujian Kau,
ya Allah…’
Sebaknya hati, empangan matanya sudah tidak mampu
menahan air yang perlu dilimpahkan. Perlahan air mata mengalir di pipi, pantas
dia menyapu dengan tisu. Dia tidak mahu orang lain melihat kesedihannya
walaupun mereka tidak mengenali dirinya. Mujurlah di sebelahnya masih belum ada
orang. Jadi selamatlah dia. Wajahnya dipaling pada cermin tingkap.
Tiba-tiba dia teringatkan atuknya. Apa yang akan
terjadi kalau atuknya tahu? Perasaannya semakin tertekan. Dia tidak boleh
menyakiti hati atuknya. Satu-satu insan yang banyak menabur budi padanya. Ya
Allah… bantulah aku… air mata semakin laju. Dia biarkan saja.
Sampai sahaja di stesen komuter Teluk Gadong, dia
menelefon Syazana. Hanya itu satu-satunya kawan yang memahami dirinya.
“Ana… tolong aku…” dia sudah tidak tertahan lagi,
dia menangis sebaik sahaja mendengar suara Syazana.
“Kau kat mana, Mira?”
“Aku kat stesen Teluk Gadong, boleh kau tolong ambil
aku?” dalam teresak-esak, dia beritahu juga.
“Tunggu sampai aku datang, Mira!”
Klik! Talian diputuskan.
Mira Maira duduk di kaki lima. Dia tidak peduli
lagi, menangis semahunya. Beberapa pasang mata menoleh ke arahnya, namun dia
buat tidak nampak.
Beberapa minit kemudian, Syazana pun sampai.
Sebaik sahaja nampak Syazana, kaki Mira Maira menjadi lemah. Dia tidak mampu
hendak melangkah. Dia terduduk semula. Syazana segera mendapatkan Mira Maira.
“Kenapa, Mira? Kau nampak…” tubuh Syazana
didakapnya. Mira Maira melepaskan perasaan di bahu rakannya itu.
“Mira… jangan macam ni… kawan yang aku kenal
seorang yang kuat. Kenapa kau jadi lembik macam ni sekali, Mira?” Syazana
mengoncang tubuh Mira Maira. Dia tidak tahu kenapa, tetapi rasanya dia dapat
mengagak punca rakannya jadi begitu.
“Mari, Mira…” Syazana memapah Mira Maira masuk ke
dalam kereta.
“Ana… tolong hantar aku kat mana-mana hotel… aku
tak nak balik rumah lagi…” pinta Mira Maira. Syazana terkejut, kenapa tidak
mahu balik rumah pula budak ni?
“Macam nilah, Mira. Aku ada kawan yang duduk rumah
sewa, kau pergilah rumah dia. Aku rasa dia tak kisah.” Mira Maira mengangguk.
Dia ikut saja.
Perlahan kereta Syazana mengundur, kemudian dia
menekan pedal minyak perlahan-lahan. Sesekali wajah Mira Maira dijelingnya.
“KAK Rabitah, ini
kawan saya. Dia ada masalah, boleh tak tumpangkan dia untuk beberapa hari?”
Seorang gadis memakai niqab sedang berdiri di
hadapan mereka. Mata yang cantik itu memandang ke arah Mira Maira. Kemudian dia
mengangguk.
“Marilah masuk, kita cerita kat dalam ya…”
suaranya amat lembut sekali.
Rabitah masuk, diikuti oleh Mira Maira dan juga
Syazana.
“Duduklah dulu ya, biar akak buatkan air.” Rabitah
berlalu ke dapur.
Tidak lama kemudian kedengaran ada orang memberi
salam.
“Waalaikumussalam…” jawab mereka serentak.
Rabitah melemparkan senyuman kepada seorang lagi
gadis yang baru masuk ke dalam rumah itu.
“Eh… ada tetamu ya… apa khabar?” Karmah menyalam
Mira Maira dan Syazana.
“Kar… dia nak tumpang rumah kita dua tiga malam,
boleh ya?” kata Rabitah. Karmah yang baru nak masuk ke bilik tersenyum.
“Aku tak kisah… cuma rumah kami ni tak ada barang
sangat. Tengoklah televisyen pun tak ada…” kata Karmah, lebar sahaja
sengihannya.
“Dia tak kisah, kak…” jawab Syazana.
Mira Maira mengangguk. Dia menarik nafas lega.
Sekurang-kurangnya dia dapat menyembunyikan dirinya di situ walaupun hanya di
kampung sebelah. Tidak jauh mana pun.
“Kau tenang-tenangkan diri kat sini. Aku nak masuk
kerja semula ya?” Setelah bersembang dengan tuan rumah, Syazana mahu mengundur
diri.
“Terima kasih, Ana… aku menyusahkan kau aje.”
Mereka berpelukkan.
“Kalau hati kau dah tenang, nanti kau cerita pada
aku, ya? Banyak-banyakkan istighfar, ingat Allah selalu. Aku tau, kau kuat…” pujuk
Syazana. Mira Maira mengangguk.
Syazana melangkah keluar. Mira Maira yang berdiri
di tepi pintu hanya memandang sambil melambai tangan. Syazana berlalu dari
situ.
“Mira… Mira dah solat?” soal Rabitah. Mira Maira
menggeleng.
“Kalau belum solat, masuklah dalam bilik. Baju
dengan kain batik akak dah letak atas katil. Kalau nak mandi ke, silakanlah.
Buatlah macam rumah sendiri.” Ujarnya lagi.
“Terima kasih, kak.”
Rabitah berlalu ke dapur. Mira Maira menutup
pintu. Dia melangkah ke bilik yang dimaksudkan oleh Rabitah. Dia duduk di birai
katil. Dia termenung lagi. Perasaan sebaknya muncul semula sebaik sahaja dia
bersendirian begitu.
“Ya Allah, kuatkah aku nak menghadapi semua ini
seorang diri? Betulkah keputusan aku ini?” benci benar dia dengan perasaannya
waktu itu. Dia ragu-ragu dengan tindakan yang diambil.
“Macam mana pulak dengan umi? Apa kata umi nanti?”
terbayang di birai matanya kemesraan umi. Kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi buat dirinya. Sanggupkah dia meninggalkan keluarga itu? Ya Allah…
tolonglah aku… Mira Maira menekup wajahnya. Dia teresak-esak lagi.
“Mira… jangan tenangkan hati dengan menangis.
Banyak cara lain lagi kita boleh tenangkan hati. Kalau nak sangat menangis,
menangislah di sejadah. Merayu kepada Allah agar kesedihan yang kita rasa itu
pergi dan mintalah Dia gantikan dengan kegembiraan.” Pujuk Rabitah. Dia duduk
di sebelah Mira Maira.
“Kak…” Mira Maira mendakap tubuh Rabitah.
“Mira… jangan bazirkan air mata hanya kerana kita
tak dapat cinta manusia. Sedangkan yang patut kita tangiskan adalah bila Allah
langsung tak memberi rahmat kepada kita. Kita tak dapat raih cinta Allah. Itu
yang patut kita tangiskan. Lagi satu, kala kita menghayati al-quran, waktu
itulah Allah paling suka kita menangis. Kerana tangisan kita itu adalah tangisan
penyesalan dan keinsafan.” Tokoknya lagi.
Mira Maira semakin sebak. Bukan kerana masalahnya
tetapi kerana terasa dirinya terlalu bodoh. Betul juga apa yang diperkata oleh
Rabitah. Tetapi apa dayanya, dia hanya manusia biasa. Terlalu banyak kekurangan
diri. Kerana dirasakan cinta manusia itulah yang membawa bahagia sedangkan
andai dapat meraih cinta Allah, dunia dan akhirat pasti akan mendapat
kebahagiaan.
“APA masalah Mira
sebenarnya, boleh akak tau?” Karmah dan Rabitah berhadapan dengan Mira Maira.
Ketika itu Mira Maira baru sahaja habis berzikir
al-mathurat. Rabitah telah menghulurkan buku yang mengandungi zikir dan doa
al-mathurat. Antara tujuan zikir al-mathurat adalah :
1. Al- Ma'thurat merupakan
wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang
yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa
dan wirid tersebut.
2. Wirid, doa, zikir dan
istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki
keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui
kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
3. Jika sesiapa mengamalkan
zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak
dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam
Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.
Manakala kelebihannya
adalah, tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselemat dari perkara
yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari
urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari
atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga,
Selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya, terrhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya, terrhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Itu yang telah dibaca dalam buku itu. Mira Maira
merenung kulit buku itu. Dia membiarkan sahaja pertanyaan dua orang kakak yang
baru dikenalinya itu.
“Mira… kalau Mira rasa kurang senang nak kongsi
dengan kami, tak mengapalah. Kami tak paksa. Maafkan akak kalau cara akak ni
macam orang menyibuk aje. Kami berdua tak maksud apa-apapun,” kata Rabitah
pula.
Mira Maira menggeleng.
“Bukan macam tu, kak. Mira percayakan akak berdua.
Kalau Mira tak percaya, takkan Mira boleh duduk di sini. Sebenarnya, kak…”
Mira Maira menceritakan masalah yang sedang
dihadapinya. Rabitah dan Karmah terangguk-angguk. Sesekali wajah mereka tampak
berkerut.
“Mira… hidup ini, kalau tak diduga memang tak
manis. Biasalah tu. Akak rasa ni asam garam rumah tangga. Akak tak rasa yang
suami Mira tu kejam sangat. Mungkin dia suka dan sayangkan Mira, tapi tak tau
nak tunjuk macam mana. Kadang-kadang lelaki ni ego. Bersabarlah banyak-banyak,
Mira. Pada akak, berkasih sayang selepas kahwin lebih manis. Lebih diberkati.
Percaya pada itu, seandainya kita reda dalam segala hal dan termasuklah
berkahwin dengan dia, insyaAllah, Allah akan berikan apa yang Mira nak.”
Nasihat Karmah. Rabitah mengangguk.
“Ya, Mira. lebih baik bercinta atau berkasih
sayang selepas kahwin. Mira tengok dekat luar sana, berapa ramai gadis-gadis
yang rosak bila bercinta sebelum kahwin? Dan paling sedihnya, walaupun mereka
berkahwin ada juga yang gagal dalam perkahwinan tersebut. Kasih sayangpun makin
pudar sebabnya apa? Sebab masa sebelum kahwin dicurahkan cinta sepenuh hati.
Bersabarlah banyak-banyak. Jangan sesekali ambil keputusan terburu-buru.”
“InsyaAllah, kak. Mira akan cuba, biar pun payah,
Mira akan harungi juga. Terima kasih pada akak berdua.” Karmah dan Rabitah
tersenyum lantas kepala diangguk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan