treaser
SYIMA SYAWAL - Promo Novel2ku
Menconteng selagi ada idea... mahu berkongsi kisah dan rasa... - Syima Syawal
Ahad, 25 Januari 2015
MEMBACA SAMBIL BERAMAL...
Isnin, 5 Ogos 2013
TEASER -> JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!
TEASER 3
“Sayang…
selama ni hubungan kita tak pernah ada masalah kecuali umi you yang tak restu.
Tapi sekarang ini, kenapa you ubah fikiran. Apa salah I? Cakaplah, sayang…”
panjang tangan Dyna cuba mencapai tangan Alif Hazriq, seraya itu juga Alif
Hazriq menyandarkan tubuhnya.
“I rasa lebih
baik you jangan mengharap apa-apa daripada I. Lagi pun umi I…”
“Lagi-lagi
umi you! You ni memang suka duduk bawah ketiak umi you, kan? Langsung tak boleh
buat keputusan sendiri. You kena tegas, sayang… umi you tak patut campur dalam urusan
kehidupan you…” tempelak Dyna.
“Umi I
adalah nyawa I. I takkan sesekali jadi anak derhaka. I tak kisah apapun yang
you nak cakap. Ini kehidupan I, jadi…”
“Sayang…”
“Tolong,
Dyna. Terimalah hakikat. Cuba jangan jatuhkan maruah you sendiri dengan
timbulkan gosip-gosip yang tak betul. Kalau you nak mencipta populariti
sekalipun, jangan dengan cara ni… banyak cara lain lagi. You buktikan kemampuan
you dalam bidang lakonan.” Kata Alif Hazriq penuh mengharap.
“I tak
kira, sayang. You dah janji dengan wartawan you nak buat sidang akhbar. I nak
you war-warkan tarikh pernikahan kita. You jangan buat macam ni pada I.” rayu
Dyna pula.
“I takkan
buat apa-apa pengumuman. Dan I takkan buat sidang akhbar dalam masa terdekat
ini. Ini keputusan muktamad I,” tegas Alif Hazriq.
“A… apa
yang you cakapkan ni? You tak boleh buat I macam ni. You tak boleh, sayang
tolonglah… tolong…” Dyna mula cemas.
“Tolong
keluar, Dyna. I tak ada masa nak layan kehendak gila you tu.” Alif Hazriq
mengangkat ganggang telefon, dia mendail nombor Maslina.
“Mas, masuk
sekarang…”
“You…” Dyna
bangkit dengan perasaan marah.
Kedengaran
pintu diketuk.
“Masuk!”
arah Alif Hazriq.
Maslina
melangkah masuk, dia memandang wajah kelat Dyna. Dyna enggan keluar daripada
situ.
“Ya, Encik
Alif?” Alif Hazriq memandang wajah Maslina.
“Tolong
bawakan surat yang saya suruh buat tadi untuk Cik Dyna ni. Kebetulan dia dah
ada di sini. Jadi kita bagi terus pada dia.” Arah Alif Hazriq.
“Baik,
Encik Alif Hazriq.”
Maslina
keluar semula. Alif Hazriq pula pura-pura menyemak fail yang ada di atas
mejanya. Dyna pula memadang wajah Alif Hazriq.
“Surat apa
yang you nak bagi pada I?” soal Dyna setelah diam membisu buat seketika.
“Nanti you
bacalah sendiri.”
Dyna
muncung semula. Lelaki itu acuh tak acuh sahaja melayannya.
Maslina
muncul semula membawa sepucuk surat untuk Dyna. Dia memberi surat itu kepada
Alif Hazriq. Lelaki itu menandatangani surat tersebut.
“Ini untuk you, Dyna.” Alif Hazriq menghulurkan sepucuk surat kepada
Dyna. Dyna merampas surat tersebut. Dia membacanya.
“Apa ni?
You tak boleh buat macam ni, sayang…” surat itu dicampak semula ke atas meja
Alif Hazriq. Dia enggan menerima kenyataan.
Isnin, 24 Jun 2013
TEASER >>> JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!
TEASER 2
“You memang
tak guna! Lepas apa yang you buat pada I, you langsung tak mahu
bertanggungjawab! Lelaki pengecut!” Dyna terus mengamuk. Tubuh Alif Hazriq
dipukul-pukulnya.
Selepas itu
tanpa diduga, Dyna terus menyerang Mira Maira. bagaikan orang gila, Dyna
memekik-mekik dan memaki hamun Mira Maira. Gadis itu sangat takut dengan situasi
itu.
“Anak
perompak! Tak sedar diri! Ada hati nak rampas kekasih aku, sedarlah diri tu
sikit,” dia terus menyerang, namun Alif Hazriq melindungi Mira Maira.
“Eh! You ni
kenapa? Dah gila ke?” herdik Alif Hazriq.
“You cakap
I gila? Hah! Memang I gila! Semuanya sebab you!” melengking suara Dyna. Dewan
itu senyap sunyi hanya suaranya sahaja yang kedengaran.
“Kalau
semua orang nak tahu, perempuan ini adalah anak seorang perompak yang terkenal
sikit masa dulu. Perompak yang dijatuhkan hukuman mati! Perempuan ni tak sedar
diri!!!” jeritnya.
Mira Maira
terkejut, dia rasa malu. Tanpa membuang masa dia terus berlari keluar dari
dewan itu.
“Mira!”
laung Alif Hazriq. Tanpa membuang masa, dia terus mengejar Mira Maira.
Pang!!!
Belum
sempat Dato’ Mustaffa Harun menampar pipi Dyna, makdek terlebih dahulu telah
menamparnya. Muka makdek sudah merah padam menahan marah. Memang pantangnya
apabila ada yang mengungkit kisah arwah abangnya itu.
“Kita jumpa
di mahkamah!” Dato’ Mustaffa Harun memberi amaran kepada Dyna. Majlis itu
terpaksa dibubarkan kerana masalah itu.
P/S :
Biarpun ciput tapi saja nak ingatkan kalian pada MIRA MAIRA... sayang korang....
Rabu, 19 Jun 2013
CIK BODYGUARD!
4
Cuba diusir rasa resah…
Ia tetap dapat dirasai…
“AGAK-AGAK, Hira dapat ke kerja tu?” soal Amani sambil mengunyah nasi goreng
yang aku masak petang tadi.
Aku yang sedang menelaah buku di meja
makan, mengangkat wajah. Aku pandang wajah Amani yang duduk di hadapan aku.
“Entahlah, kak. Kalau dapat
Alhamdulillah. Kalau tak, cari kerja lain ajelah…” jawab aku sambil lewa.
Memang tak ada semangatpun.
“Lah… kan ke Hira ada sijil pengawal
peribadi. Takkanlah mereka tak terima. Lagipun akak dengar khabar angin, bos tu
nak perempuan.”
“Nak perempuan? Habis tu, kenapa dia
buka untuk lelaki juga? Peliklah, kesian diorang buang masa kat situ tunggu
giliran temuduga tapi akhirnya ambil perempuan juga,” bantah aku. Langsung
tidak bersetuju dengan cara bos Amani itu. cakap sahajalah terus terang.
“Mungkin diorang baru buat kata putus
nak ambil perempuan. Masa buat iklan hari tu, diorang memang membuka kepada sesiapa
saja.” balas Amani. Aku menggeleng.
“Akak tau tak diorang punya temuduga tu
memang tak masuk akal langsung. Ada ke dia tutup mata orang lepas tu suruh teka
bahan-bahan masakan. Apa kes? Terang-terang lelaki tak dapat nak jawab. Lainlah
dia pakar memasak, hah memang senang kacanglah.”
Amani tergelak.
“Hah! Tengoklah, akak pun boleh gelak,
apatah lagi orang yang kena temuduga ni. Puas dah otak ni fikir apa motif
diorang buat macam tu.”
“Hira… Hira…” Amani pula menggeleng.
“Kenapa pulak?” soalku pelik.
“Hira terfikir tak yang diorang tu saja
nak menguji? Mungkin diorang nak tengok, macam mana cara kita menghadapi
situasi begitu. Misalnya situasi yang tak diduga. Sama ada kita panik ataupun
tak. Itu ada kaitan juga dengan kerja yang Hira minta tu. Manalah tau, Hira
berhadapan situasi yang Hira sendiri tak jangka. Apa yang patut Hira buat, sama
ada tinggalkan, mengalah atau hadapi juga?” Amani menerangkan maksud temuduga
tersebut. Itu sekadar pandangan peribadinya sahaja.
Aku tersentak dan termenung seketika.
Begitu juga dengan Killa yang sejak daripada tadi memasang telinga. Seperti aku
juga, dia turut kerahkan otaknya untuk berfikir kebenaran kata-kata Amani tadi.
Mahu saja aku menyepak kepala aku yang
langsung tidak terfikir semua itu? Betul juga! Menghadapi situasi yang tak
diduga. Hmm… mujurlah aku dapat juga hadapi. Kalau tidak… tapi entah betul
entahkan tidak aku jawab tadi, belasahlah labu…
“Hira dapat jawab ke tak?”
Aku mengangguk.
“Akak tau minat Hira, kan?”
Amani pula yang mengangguk. Memasak! Itulah
hobi aku. Kalau minta tolong masakan apa-apa saja, aku tidak pernah menolak.
Walaupun waktu itu di tengah malam. Kebiasaannya aku sudah menyediakan
bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Bawang merah, bawang putih, lada semuanya
telah siap diblander. Ia sangat menjimatkan masa. Aku belajar semua tupun dari
nenek. Nenek kata, jadi perempuan ni kena kreatif, bukan pasif hehehehe.
“Akak yakin, Hira yang dapat kerja tu.”
“InsyaAllah… kalau dapat, Hira belanja
korang berdua,” kataku selamba, padahal dalam hati tidak ada keyakinan
langsung.
“Wah! Tu yang nak dengar tu. Aku suka! Aku
suka!” hampir terlonjak-lonjak Killa. Aku hanya menjeling dia. Aku juihkan
mulut aku tanda meluat.
“Hesy… pantang budak ni dengar makan
free. Laju aje,” sindir Amani. Killa tersengih. Dia mana tahu ambil hati, orang
cakap apa dia tersengih saja.
“Mestilah, beb! Apa perkara yang paling
best sekali, kalau bukan makan free? Orang nak belanja, kita cuma hantar perut
aje. Bukan susah sangat…” jawab Killa selamba badak.
“Yalah tu… cuba tengok badan tu dah mula
naik, tak perasan ke? Sana sini lemak lebih-lebih. Nanti baju-baju awak tu tak
muat, baru tau.” Sindir Amani lagi yang merupakan kakak sepupu Killa.
Terkekeh-kekeh Faghira tertawa. Memang
nampak ketara tubuh Killa semakin berisi sejak kebelakangan ini.
“Mana ada!” Killa kurang senang. Aku apa
lagi tukang gelakkan dia.
“Kalau tak percaya, pergi timbang
sekarang. Berapa kilo dah awak tu naik?” sakat Amani, sengaja dia hendak
kenakan adik sepupunya itu.
“Ah… malas nak timbang. Biarlah nak naik
ke, nak turun ke… apa yang penting sekali, hati kita happy!” bidas Killa, tidak
sedikitpun dia berkecil hati dengan Amani.
“MINGGU depan, lepas kita habis periksa kita balik kampung
nak tak, Hira?” Killa menarik kerusi yang ada di hadapan aku.
Amani sudah masuk dalam biliknya.
Aku angkat muka, lantas memanandang
wajah Killa. Kemudian aku mengeluh berat.
“Minggu depan nenek aku kan ke pergi
China?”
“Minggu depan ke dia pergi?”
“Ya…”
“Alah… kalau nenek kau tak ada, macam
biasalah lepak rumah aku ajelah… weh kita dah lama tak balik kampung. Mak aku
dah mula bising. Dia kata aku ni dah mula lupa diri. Aku tak sedap hatilah
kalau mak aku cakap yang bukan-bukan macam tu…” pujuk Killa.
“Mak kau tau, kan? Kalau kita tak balik
pun kita tak keluar ke mana-manapun. Kita memerap dalam rumah aje. Aku bukannya
apa, malaslah kalau nenek tak ada. Tak best… kalau lepak rumah kau, aku segan
dengan abah kau tu.” Aku menahan tawa bila Killa buat muka.
“Hek eleh… sejak bila kau tau malu pulak
dengan abah aku ni? Selalunya kau larung aje…” Killa membaling gumpalan kertas
ke arah aku. Terhambur juga tawa kami berdua.
“Serius, Killa. Aku macam tak ada mood
nak balik kampung. Kalau kau nak balik, nanti aku hantarlah kau. Tapi hantar
kat puduraya ajelah.” Kata aku sambil bibir aku tersengih lebar.
Killa buat muka lagi.
“Alah…. Bosanlah kalau kau tak ada…
mesti panas telinga aku dengar panjang lebar leteran mak aku tu… jomlah, Hira.”
Pujuk Killa lagi.
“Macam aku tak kenal kau. Aku tau ada
sebab lain kau sibuk ajak aku. Apa kau nak takut, tadah ajelah telinga kau tu.
Paling tidakpun, dia berleter aje. Bukan kena pukulpun…” perlahan suara aku
seakan merintih nasib sendiri.
Pada aku, Killa beruntung punya ibu bapa
yang sangat mengambil berat. Sedangkan diri aku? Hmm… mudah benar tubuh ini
akan jadi sasaran tangan papa. Semudah itu juga papa akan melepaskan geram. Apa
daya aku untuk melawan? Seburuk-buruk papa, itu saja orang tua yang aku ada
selain dari nenek.
“Hira…” Killa memandang aku yang mula berubah
mood. Aku mula rimas bila dia pandang begitu.
“Aku okey, Killa. Jangan risau.”
“Tak apalah, aku balik sorang. Janganlah
kau sedih-sedih macam ni… aku tak sanggup tengok wajah mendung kau lagi.”
“Aku okey-okey aje… kau jangan risau,
ya?” aku cuba tersenyum. Biarpun hati aku mula berdebar-debar sebaik sahaja aku
teringatkan papa.
“Okeylah aku masuk tidur dulu. Kau ni
kalau baca buku pelajaran tak apa juga, ni menelaah novel tak habis-habis. Aku
risau tengok kau ni. Risau rebut taufan papa kau lagi, kau buat selamba aje.”
Killa membebel, dia bangun, kerusi yang didudukinya tadi di tolak ke dalam
meja.
Aku apa lagi hanya mampu tersengih.
“Orang cakap dia tersengih-sengih. Macam
kerang busuk. Dahlah, jangan tidur lewat sangat,” akhirnya Killa angkat kaki
juga. Mesi dia menyesal bercakap dengan aku umpama bercakap dengan beruang
panda yang dah kaku. Killa melangkah ke biliknya.
Aku mula termenung. Aku tahu Killa
sayangkan aku. Tapi aku pula? Hmm… jiwa aku terlalu mendesak, memberontak,
semuanya menjadi satu! Oleh kerana itulah, aku tidak peduli apa yang akan
terjadi nanti. Benar-benarkah aku tidak peduli? Aku tidak mampu mengupas
perasaan aku sendiri.
Aku menutup novel yang aku baca. Kemudian
aku menyusun buku-buku yang ada di atas meja itu. aku bangun, memeriksa pintu
sama ada sudah berkunci ataupun tidak. Lampu dipadam dan kemudian aku masuk ke
dalam bilikku.
MAHU tidur, mata aku masih tidak
mengantuk lagi. Aku capai laptop yang ada di meja sisi katil aku. Setelah
semuanya sudah siap bersedia, aku membuka skype. Nama seseorang aku dail.
“Hello, sayang… manja, intan payung,
busuk, bacin…” kedengaran suara beserta wajah yang sedang tersenyum terpamer di
skrin komputer riba aku.
Aku tertawa.
“Lagi?”
“Nak apa lagi? Dah cukup-cukuplah tu.
Kalau sebut lebih-lebih, hah silap-silap penuh muka tu sebab lubang hidung dia
besar,” seloroh lelaki yang ada di dalam laptop aku.
Lagi kuat aku ketawa.
“Ada apa panggil abang ngah ni?”
“Rindu sangat kat abang ngah…”
“Aikk? Rindu aje ke? Tak ada sebab
lain?”
“Iya… betul… orang rindu sangat…”
Jujur, aku betul-betul rindu pada abang
aku yang seorang ini. Abang yang paling rapat denganku. Tapi, abang aku yang
bertugas sebagai doktor ini tiada di Malaysia. Selepas tamat pengajiannya di
Mesir, abang ngah memohon kerja di hospital Gaza. Kata abang ngah,, dia mahu
berkhidmat di situ biarpun tanpa bayaran. Cukup besar impian abang ngah mahu
mati syahid.
“Hira… kalau Hira rindu abang ngah,
bila-bila masa boleh panggil abang ngah. Kita sentiasa boleh berhubung,
berbanding remaja-remaja di sini… mereka terlalu rindukan Allah kerana itu dia
tidak kisah tentang perasaan rindu mereka pada sesama manusia. Apa yang ada
dalam kepala mereka mahu berjuang untuk menuntut hak mereka dan mereka juga
perjuangkan Islam malah maruah Islam itu sendiri. Mereka tak ada masa untuk
melayan perasaan mereka. Yang mereka tahu, mahu melindungi. Bersabarlah dengan
perasaan tu, doakan abang ngah di sini. Lagi panjang umur abang ngah, lagi
banyak bakti abang ngah boleh hulurkan untuk mereka. Andai Allah izinkan kita
bertemu, InsyaAllah suatu hari nanti, abang ngah balik ya?”
Mengalir air mata aku kala mendengar
kata abang ngah itu. Namun begitu, bila berbual dengan abang ngah, aku rasa cukup
tenang. Biarpun kadang-kadang aku tidak dapat terima apa jua alasan abang ngah
berikan. Sudah lama aku pujuk abang ngah supaya pulang ke Malaysia. Pelbagai
alasan yang abang ngah berikan.
Tiga tahun yang lalu, bila abang ngah
mengambil keputusan untuk menetap di bumi Gaza, papalah orang yang paling
kecewa. Dia mengamuk, apa yang aku dengar, habis semua barang papa pecahkan.
Tapi abang ngah tetap dengan keputusannya. Biarpun tahu papa akan marah
padanya.
“Kenapa diam?”
Aku angkat muka, aku pandang skrin komputer
ribaku, abang ngah sedang kembang kempiskan hidungnya. Akhirnya gelak aku pecah
juga.
“Gelilah bila abang ngah buat macam tu,
eiii… tak senonoh abang ngah ni tau,” kataku, tawaku masih lagi belum berhenti
lagi.
Abang ngah aku turut tergelak sama.
“Sekarang, beritahu abang ngah, apa
masalah, Hira?”
“Sebenarnya, Hira nak kerja lepas exam
ni. Dah tak nak sambung belajar lagi…” perlahan aku menyuarakan hasratku. Aku
tahu, tiada siapa yang akan setuju. Tapi berlainan dengan abang ngah, yang
lebih bersikap terbuka.
“Jadi?” serius saja wajah abang ngah. Aku
mula jadi kecut perut. Takut juga kalau sekiranya abang ngah yang selama ini
tidak pernah marah, melenting tiba-tiba.
“Hira… Hira nak bagitau abang ngah aje…”
kataku perlahan, seolah aku berbisik dengannya.
“Serius ke Hira nak kerja?” Aku mula
tersengih. Aku tahu, abang ngah tidak pernah menghampakan diriku. Laju saja aku
mengangguk.
“Kerja apa yang Hira dah mohon?” selidik
abang ngah. Sudah menjadi kewajibannya untuk bertanya. Aku faham, bukan mudah
untuk menjaga adik perempuan seperti
aku.
“Belum dapat lagi, ingat nak minta izin
abang ngah dulu. Kerja kilangpun Hira tak kisah, asalkan rezekinya halal, abang
ngah…” aku pandang mata abang ngah. Dia mengangguk-angguk.
“Kalau betul Hira nak kerja, abang ngah
izinkan. Tapi jangan kerja yang bukan-bukan. Minta izin juga dengan nenek.
Nanti abang bagitau abang long.”
Fuh! Lapang rasa dada aku. Tidak lagi
terbeban dengan masalah itu. Senyumanku makin lebar.
“InsyaAllah, abang ngah. Tapi nenek tu
asyik tak ada kat rumah aje. Nanti dia nak pergi China pulak. Terima kasih,
abang ngah…” meleret suaraku,, manjalah kononnya.
“Biarkan dia, Hira. Dari kecil umur Hira
dia jaga, dia tak bebas ke mana-mana, sekaranglah masanya dia nak habiskan sisa
hidup dia. Tak apa, doakan dia lebih sihat, bolehlah dia buat ibadah…” nasihat abang
ngah.
“Yalah… moga nenek sihat walafiat. Okeylah
abang ngah, Hira nak tidur dah. Rasa lega bila dah luahkan pada abang ngah.
Terima kasih…” aku tersengih, menanyangkan gigiku yang putih bersih, itu kata
orang ya… bukan aku hendak puji diri sendiri.
“Sama-sama… jaga diri, Hira. Tak ada apa
yang lebih berharga selain dari nyawa dan maruah diri. Moga jadi wanita
solehah, sayang. Abang ngah sayang Hira sangat-sangat…” kedengaran sebak sahaja
suara abang ngah. Mataku mula berkaca.
“InsyaAllah, abang ngah. Moga Allah
melindungi abang ngah juga. Moga menemui gadis yang mampu menyinari kehidupan
abang ngah,” kataku pula.
“Amin…”
“Assalamualaikum, abang ngah.”
“Waalaikumussalam…” jawabnya. Wajahnya
mula hilang dari padangan mataku. Aku menutup skype. Inilah yang menyenangkan
hatiku. Berbual dengan abang-abangku.
Aku tersenyum senang hati. Apa yang
merisaukanku selama ini telah tiada. Kebiasaannya, bila aku beritahu abang ngah
terlebih dahulu, pasti abang long dan dua abangku yang lain takkan membantah.
Pendek kata, abang long akan turun pangkat secara automatik dengan abang ngahku.
“Alhamdulillah…” ucapku. Komputer riba aku
letak pada tempatnya semula. Aku bersiap-siap untuk tidur. Sebelum melelapkan
mata, aku cuba memaafkan semua orang termasuklah papa. Biarpun papa tidak
menyukai diriku. Apa yang penting, sedaya upaya aku cuba membuang perasaan
dendam!
“Bismikallahumahyawaamut…”
Klik! Lampu terpadam dan mata juga turut
tertutup sama…
P/S: sudi2kanlah baca ya....
Rabu, 12 Jun 2013
TEASER >> JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, BRO!
TEASER 1
“Mas,
berikan saya kesemua gambar peserta yang dah dipilih tu,” arah Alif Hazriq.
Pemilihan
gambar-gambar itu telah dijalankan oleh juri yang telah dilantik oleh Dato’
Farah sendiri yang terdiri dari rakan-rakan perniagaannya. Dia mahukan
ketelusan.
Maslina
masuk ke dalam bilik pejabat Alif Hazriq dengan membawa satu fail yang
mengandungi gambar-gambar peserta yang menyertai pertandingan itu.
“Ini dia,
Encik Alif.” Maslina menghulurkan fail tersebut. Alif Hazriq menyambutnya.
“Ini
sepuluh yang terbaik, kan?” Maslina mengangguk.
“Kena buat
pemilihan lagi untuk tiga yang terbaik. Dato’ Farah beritahu, minggu ni akan
dibuat pemilihan.”
“Okey…
kalau boleh buat secepat mungkinlah sebelum pelancaran produk terbaru kita,
kologen tu. Kita nak buat pelancaran minggu depan, nanti tak sempat nak pilih
yang betul-betul terbaik. Kalau boleh hubungi dato’, tanya dia betul-betul.”
“Baik,
Encik Alif. Ada apa-apa lagi, Encik Alif?”
“Okey, awak
boleh keluar. Saya nak belek awek-awek ni dulu,” kata Alif Hazriq sambil
tersenyum-senyum.
“Amboi
macam nak pilih calon isteri pula,” giat Maslina pula. Makin galak Alif Hazriq
ketawa. Maslina keluar dari bilik itu.
Perlahan
Alif Hazriq belek satu persatu wajah-wajah yang ada dalam fail itu. Dari yang
gemuk menjadi kurus. Yang berjerawat batu, ke muka yang lebih licin dari
sebelumnya. Dia tersenyum-senyum.
“Perempuan
ni kalau nak cantik, sanggup berabis duit,” katanya sendiri.
Namun dia kagum
juga dengan semangat yang ada pada mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh,
untuk mendapat apa yang mereka idamkan. Sekurang-kurangnya dia bangga kerana
mereka inilah yang melariskan produk-produk keluaran syarikatnya.
Matanya
bagaikan tidak percaya apabila melihat testimoni yang dihantar oleh seseorang.
Dia merenung lama. Memang sah! Dia tidak salah orang. Melihat nama sahaja dia
sudah tahu siapa. Apa lagi bila melihat wajah yang terpapar dalam fail itu. Berat
badan dari 42 kilogram telah naik sehingga 52 kilogram! Penambahan berat badan
yang agak ketara juga sepuluh kilo!
Dia juga
seakan tidak percaya bila melihat wajah gadis itu selepas menggunakan produk
Farra Kosmetik. Dia menggosok matanya. Nampak seperti orang lain!
“Cantik!”
itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutnya.
Dia
mengeluarkan gambar itu. Perlahan dia menyorokkan gambar itu di dalam lacinya.
Dia tidak mahu gadis itu masuk dalam pertandingan itu. Dia sudah jatuh cinta
pada gadis itu!
P/S :
Buat yang merindui Mira Maira dengan Alif Hazriq.... jeng jeng jeng.... pling! pling! saya cuba hilangkan rasa rindu anda..... doakan ia muncul sebagai sebuah novel.... sayang korang semua...
Jumaat, 7 Jun 2013
CIK BODYGUARD!
3
Kemanapun kaki melangkah…
Kenangan silam pasti mengekori…
USAI mandi, aku segera
mengerjakan solat zuhur yang sudah di penghujung waktu. Ya Allah… ampunilah
aku. Aku tahu, solatku ini bagaikan kain buruk yang layaknya dicampak sahaja ke
dalam bakul sampah. Dibuat alas kaki dan diinjak2 ke tepi. Astagfirullah…
“Ya Allah… aku tahu aku hanya insan yang
lemah. Aku tak sekuat mana, namun aku akan lebih tabah dengan keredaanMu… aku
akan lebih tenang dengan kasih sayangMu… bantulah aku ya Allah… bantulah aku…”
Tidak sesaatpun aku mampu melupakan
kisah hidupku. Tidak! Tidak mungkin sama sekali… aku akan ingat sampai
bila-bila! Mungkin juga sehingga ke hujung nyawaku.
Aku berteluku di atas sejadah. Cuba
merenung masa depanku yang seakan tiada sinarnya, namun aku tidak punya kuasa
luar biasa yang mampu menayangkan apa yang akan berlaku kelak. Aku tertunduk
sayu.
“Sampai bila?” masih terngiang-ngiang di
telinga pertanyaan abang sulungku.
Ketika itu kami sedang melihat-lihat
rumah yang ingin disewa. Ya… rumah yang sekarang ini aku huni bersama-sama
dengan Killa dan Amani. Semua itu hasil bantuan abang sulungku. Malah sewa
rumah itu juga dibiayai oleh abang aku.
“Entahlah, Hira tak ada jawapannya.”
“Hira…”
“Bukan mudah, abang long. Andai Hira
punya kuasa yang mampu hilangkan ingatan Hira ni, Hira akan buat,” perlahan aku
berbicara, cuba menutup kesedihan hati.
“Tapi Hira boleh cuba, kan?”
“Sesiapa yang mengalaminya saja yang
akan faham perasaan Hira.”
“Abang long tahu… abang long juga sedar,
adik abang long ni sangat tabah orangnya. Macam arwah mama…”
Firas, abang sulungku membalikkan tubuh aku
menghadapnya. Wajah aku ditatap lembut. Wajah aku yang mampu menyembunyikan
sejuta memori kesengsaraan.
“Abang long…” akhirnya aku tewas juga, aku
memeluk erat abang sulungku.
“Dahlah… abang long minta maaf ya… lain
kali abang long tak desak Hira lagi.” Pujuknya. Dia mengesat air mata yang
mengalir di pipiku.
Aku hanya mampu mengangguk. Perasaan
sebakku membuatkan mulut aku jadi terkunci. Aku kemam bibir, cuba mengusir
perasaan sedih itu pergi.
“Okey, Hira suka tak rumah ni? Ada tiga
bilik, satu ada bilik air. Dua lagi biliknya kecik sikit. Hira boleh bawa dua
orang kawan Hira duduk sini, hanya dua saja ya. Abang long tak nak Hira duduk
ramai-ramai. Segala kos, abang long tanggung.”
Aku mengangguk lagi. Tidak terkata
rasanya, abang long memang seorang yang bertanggungjawab. Apatah lagi dalam
kebajikan aku.
“Hira rasa okey sangat ni. Tapi kalau
Hira bawa kawan, macam mana pulak dengan diorang, sewa tak payah bayar ke?”
“Bayarlah… minta seratus sorangpun
okeylah… nanti Hira boleh guna duit tu. Kalau Hira dah suka rumah ni, abang
long dah boleh confirmkan.”
“Terima kasih, abang long. Sayang sangat
kat abang long…” aku melentok manja di bahu abang long. Dia mengosok kepala aku
pula.
“Untuk Hira, abang long sanggup buat apa
aje. Ingat tu… abang long takkan biarkan Hira sendirian.” Perasaan aku sebak
kembali. Aku sayang abang long, sayang sangat-sangat. Di dunia sampai ke akhir
nyawaku. Abang-abangku adalah nyawa bagiku.
PERASAAN aku kian tersentuh. Aku bingkas dari duduk yang lama. Dengan masih
bertelekung, aku melangkah ke atas katil. Aku buka beg tangan yang aku gunakan
tadi, telefon bimbit aku keluarkan dari
beg itu. Pantas sahaja tangan aku menekan nombor seseorang.
“Assalamualaikum…” jawab suara di
hujung talian. Lebar sahaja senyuman aku.
“Waalaikumussalam, abang long…”
“Adik abang long sihat ke hari ni?
Apa mimpi call abang long ni, dah makan ke belum?” itulah abang longku. Lengkap
soalan yang diajukan. Aku tergelak sendiri.
“Belum
makan… abang long tengah makan, ya? Dengan siapa, geli friend eh?” usikku.
Kedengaran dia tertawa pula. Malulah tu…
“Belum
makan? Biar betul, dah pukul berapa ni tak makan lagi?” aku dapat bayangkan wajah
abang longku serius dan dia mula membebel. Mesti rakan di hadapannya tersenyum
bila mendengar dia membebel. Alahai, namapun abang sulung. Tak banyak, sikit
mesti ada tabiat suka membebel juga.
“Kejap
lagi Hira makanlah… abang long janganlah bimbang sangat. Hira saja nak call
abang long, rasa macam rindu sangat.”
Dia
tertawa lagi.
“Hira
teringatkan kisah lama ke?” soal abang long perlahan. Kata-katanya hanya aku
seorang sahaja yang mendengarnya. Seolah-olah dia berbisik di telinga aku.
Aku
terdiam. Abang long dapat menduga.
“Sampai
bila, Hira? Cuba buang jauh-jauh perasaan tu. Abang long tau, Hira seorang yang
lembut hati. Maafkanlah dia…” pujuknya. Aku mula menahan sebak.
“Entahlah,
abang long. Hati Hira ni…”
“Cubalah,
sayang… dah solat?”
“Dah…
baru lepas.” Dengan lelaki itu, aku tidak mampu berbohong.
“Ya
Allah… kenapa dengan adik abang long ni?” aku tertawa, tahu benar selepas itu aku
akan menerima syarahan yang panjang lebar.
“Hira
tau… lain kali Hira tak buat lagi eh…”
“Nasib
baiklah depan abang long ni ada orang, kalau tak, memang dah kena adik abang
long sorang ni.”
“Okeylah,
abang long. Hira nak pergi ke dapur cari makanan. Lapar pulak perut ni. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…
jaga diri Hira…”
Aku tutup
telefon bimbitku. Selepas itu aku melipat telekung yang hanya aku longgok di
atas katil sebentar tadi. Usai melipat dan menyangkut, aku atur langkah menuju
ke ruang tamu. Killa sedang enak melingkar di hadapan televisyen.
“Killa,
kau dah masak?” sengaja aku bertanya, walhal aku sudah tahu jawapan rakanku
itu.
Killa
terkejut bila disapa secara mengejut begitu, dia menoleh ke arah aku. Bibirnya
pula tersengih lebar.
“Macam
biasalah… setakat goreng telur aku no hal punya... pejam matapun boleh goreng,”
cakap sikit punya kerek, padahal goreng telurpun boleh hangus. Aku mencebir.
“Apapun
tak boleh!” Pantas kaki aku hayun ke dapur.
“Alah,
kaukan ke chef kat dalam rumah ni…”
“Yalah…
esok-esok kau nak berlaki, baru kau nak mengelabah belajar masak ke? Kalau aku
jadi lelaki, tak ingin aku ambil kau buat bini. Buat lapar perut aje.” Ejekku dari
arah dapur.
“Alah aku
carilah orang kaya-kaya… mesti dia sediakan orang gaji, masa tulah aku jadi
‘mem’ besar,” jawab Killa selamba.
“Yalah
tu… kalau dapat yang kaya, kot dapat yang kayap? Gigit jarilah kau,” usik aku
lagi.
“Susah-susah,
kau rekemenlah aku dengan abang-abang kau. Takkan sorang pun tak jatuh hati
pada aku. Senang sikit, aku suruh kau aje yang masak…”
“Ah…
malas aku layan kau. Masak lagi baik.”
Aku
melihat nasi yang sengaja dia masak pagi tadi. Oleh kerana terasa malas hendak
masak lauk-pauk, aku terfikir hendak masak nasi goreng saja. Nasi goreng
planta. Hmmm… sudah lama juga aku tidak makan nasi goreng kegemaran abang ngah
aku. Sayu hatiku bila terkenangkan abang aku yang seorang itu. Rindu semakin
mencengkam dada.
Bawang
putih aku ketuk sahaja. Bawang merah pula sudah siap aku kisar dan simpan ke
dalam peti sejuk.
Aku mula
menumis, baunya sudah semerbak sehingga membuatkan Killa yang sedang berbaring
terus bangkit. Cepat sahaja dia berdiri di sebelahku.
“Weh!
Wangi gila. Perut aku jadi lapar sangat dah ni. Aku buat air eh…” automatik,
Killa terus jadi rajin. Tapi rajin setakat sediakan air, sediakan pinggan
okeylah.
“Kenapa
kau jerit tadi?”
Aku yang
sedang asyik mengacau nasi goreng menoleh ke arahnya. Keningnya terangkat. Aku
pula menjongket bahu.
“Kau
teringatkan papa kau?” berhati-hati Killa bertanya. Aku hanya diam.
Mungkin Killa
mengerti, diam bermakna usah ditanya lagi. Dia turut diam.
“Tak
sabarnya aku nak makan… lapar gila dah ni…” Killa mengusap perutnya.
Aku tahu,
dia cuba untuk buatkan aku gembira. Aku hanya tersenyum. Perut aku juga sudah
lapar. Kebulurlah kalau hendak harapkan anak dara sorang itu masak.
“Okey,
dah siap. Jom kita makan!!!” aku meletakkan kuali dalam singki. Itu kerja
Killa. Basuh membasuh segala peralatan dapur. Dapur masak aku sudah lap bersih.
Killa
mengambil pinggan. Air oren yang sudah siap dituang ke dalam cawan aku teguk.
Aduhai… leganya tekak. Sedap kalau anak dara itu buat air.
“Dah
cepat Hira. Aku nak baca doa ni. Bismillahirohmanirohim…” diikuti dengan doa
makan.
Kami
makan dengan khusyuk sekali. Waktu lapar begitu, tidak ada yang lebih baik dari
mendiamkan diri dan menikmati makanan sepenuh hati.
“APA macam, jumpa tak bos akak?” soal
Amani. Belum sempat letak beg lagi, dia sudah menerkam ke arah aku yang sedang
membaca novel.
“Hesy…
akak ni…” Aku mengurut dada. Potong stim betullah anak dara seorang ni. Begitulah
kalau aku sudah ralit membaca novel. Orang bagi salampun telinga aku boleh tuli
tidak mendengar. Astagfirullah… teruk betullah. Walhal menjawab salam itu
adalah wajib.
“Ceritalah…
dah tak sabar ni…”
“Nak
cerita apa?” berkerut dahi aku, aku menutup novel yang ada di tanganku.
“Alah…
buat-buat tak tau pulak. Pasal temuduga tadilah… jumpa tak dengan bos handsome
akak?”
“Bos akak
yang mana satu eh?” aku mengaru kepala. Aku sendiri tidak tahu yang mana satu
bos syarikat itu. Bukan ada gambar dia terpampang di mana-mana.
“Budak
ni… dia ajelah satu-satunya lelaki handsome yang teramat sangat kat situ. Tak
ada orang lain lagi dah.” Amani memukul bahuku.
“Ada ke
yang paling handsome kat situ tadi?” Aku cuba mengingati wajah-wajah yang aku temui
siang tadi. Pada aku, biasa-biasa sahaja. Tidaklah sampai aku meleleh air liur
bila memandang mereka.
“Pak
guard tadipun boleh tahan juga rupa dia, tapi taklah dalam kategori handsome
sangat-sangat…”
“Tak boleh
harap betul!” marah Amani.
“Marah
pulak?”
“Pak
guard tu buat apa… dah tua bangka. Kau ni memang sah mata kero. Orang semua
cakap Encik Syed Zainul Muttaqin tu kacak sangat.
Muka dia macam pak arab kat timur tengah tu….” Terjuling-juling mata Anum
mengingat wajah bosnya yang kacak lagi bergaya itu.
“Ooo…
ada sorang tu macam bai jual karpet tu ya?” baru aku dapat mengigati wajah
lelaki yang melanggar aku ketika mahu melangkah masuk ke dalam lif.
“Apa?”
soal Amani dan Killa serentak.
“Apa?”
soal aku semula.
“Hira
cakap macam muka orang jual karpet?” Amani pecah perut tergelak. Sampai dia
terduduk-duduk di lantai.
Aku
jadi pelik pula. Killa turut tergelak sama bila melihat Amani yang sudah berair
matanya.
“Lawak
sangat ke?” soalku bingung lagi tongong, aku membuka novel semula. Malas hendak
layan budak dua ekor itu. Gelak macam hantu raya.
“Kalau
bos akak tu tau Hira panggil dia macam orang jual karpet, mesti dia menangis
guling-guling. Kiranya Hira sorang aje yang cakap dia macam tu. Rata-rata orang
perempuan jumpa dia tak berkelip mata memandang.” Amani berkata sebaik sahaja
tawanya kian reda.
Aku
tersengih tanpa mengangkat wajah.
“Kau
ni memang rabunlah. Aku tengok gambar Kak Amani, punyalah kacak bos dia. Kau
boleh cakap dia macam orang jual karpet. Langsung tak ada citarasa,” omel
Killa.
Kali
ini aku angkat muka kemudian aku mencebir ke arahnya.
“Suka
hati akulah. Alah setakat muka handsome buat apa, kalau budi bahasa tak ada.
Orang jual karpet tupun peramah lagi. Dahlah, aku nak layan novel ni. Layan
korang, buat sakit kepala aku aje.”
“Ni
mesti ada apa-apa yang berlaku tadi, kan? Kalau tak, takkanlah boleh cakap
macam tu.” Tebak Amani.
“Tak
pentingpun…”
“Yalah…
tak penting… jangan benci-benci orang, nanti jadi suami baru tau…”
“Ek eleh,
bila masa Hira benci dia, tak ada maknanyalah.”
“Macam
akak tak kenal Hira tu… kalau orang tu baik, Hira mesti puji dia melangit. Tapi
ni semacam aje…”
“Betul…
betul…” sokong Killa.
“Korang
ni… dahlah, cerita lain lagi bagus. Buat apa nak cerita pasal lelaki. Maksiat tau
tak?”
“Maksiatlah
pulak…” Amani dan Killa serentak bersuara. Rasa membahang muka aku dibuatnya. Aku
terus mengambil earphone lalu aku lekap ke telinga. Sudahnya, Amani dan Killa
ketawa serentak.
“Malulah
tu…” kata Killa.
“Sibuklah
kau…” balasku.
Langgan:
Catatan (Atom)