Assalamualaikum semua
Alhamdulillah hari ini berjaya menghabiskan sesi pembelajaran sempoa. Otak yang dah tua dan berkarat ini dapat diaktifkan semula dengan kaedah pengiraan yang amat popular bagi kaum cina. Sayangkan orang Melayu tak ramai kuasai ilmu sempoa, sedangkan cara congak begini lebih efektif dan cepat.
Diajar oleh tenaga pengajaran yang berpengalaman (sungguh! saya cukup kagum dengan beliau), sebagai ibu bapa yang mahukan ilmu juga ia sesuatu yang baru. Dahulu masa kakak sekolah, saya ada ikuti juga program ini tapi saya tak berapa faham. Tapi kali ini ternyata saya penuh bersemangat mengira! hehehehehe...
Selain itu juga saya akan cuba untuk mencari maklumat agar memudahkan saya mengajar anak saya matapelajaran ini. Kaedah yang simple dan laju perlu saya pelajari dahulu. Saya nak dia betul2 faham. Bila dah faham mudahlah dia nak mengira menggunakan sempoa, kan?
Setakat ini saya suruh dia hafal formula... alhamdulillah dia mula hafal 4 kawan dengan 1 hehehehehe... 3 kawan dengan 2 dan begitulah seterusnya... hanya empat formula ini perlu diingat...
Selain daripada itu, tadi ada juga penerangan mengenai kelas BISTARI, kelas yang menghimpunkan anak2 yang lebih cemerlang dan cepat lagi pantas. Ada beberapa kateria yang perlu diambil kira untuk memilih anak2 ini masuk dalam kelas BISTARI (pelajarannya lebih advance daripada kelas biasa)... dan minda saya juga terbuka. dan tanpa ragu2 saya akan masukkan anak saya dalam kelas ini, insyaallah...
Okey... cuba ler tgk video tu ya dan cuba cari yang basic2 untuk lebih faham lagi... mari kita mencuba menggunakan sempoa... apa lagi tunggu, kita boleh!

