Emmm... semalam hari pertama aku bekerja semula setelah dua bulan bercuti... macam orang baru, tak tau nak buat apa. Macam-macam perubahan telah berlaku selama dua bulan ketiadaanku. Kerjapun makin bertambah, aduh... macamana nak mulakan dulu? hehehehehe.... rasa terlalu janggal pulak. Bila kawan-kawan tengok aku, semuanya tersenyum simpul, apa tidaknya aku sudah semakin berisi!!!! tak dapek den nak menolong eh.... Almaklumlah anak dah dua, pulak tu kena bedah, mana tak kembang setamannya? tapi kena buat selamba jeklah... itu belum jumpa kaki2 kutuk lagi tu...aduih aiii..... tapi nasib baiklah SLEEPING PARTNER tak pernah bising, tak pernah bincangkan pasal bentuk badan ni... kalau tidak lagi haru!! ada pinggan terbang... hahahahaha... gurau jek.... Tapi setengah hari selepas itu, aku dah mula tau tugas2 aku, boss dah bagi arahan dan aku sudah mula menghadap komputer tanpa rehat.... Yang tak seronoknya, si kecik tu semalam merajuk, bila aku tak peggang dia, aku baringkan kat tilam dia, dia menanggis tiba2, macam tunjuk perasaan pulak. Nasib baik ayah dia ada, sama2 pujuk dia, cakap dengan dia bukan ibu tak sayang tapi ibu kena kerja. Macam2lah ayah dia cakap.... last2 aku pangku dia sehingga dia tertidur.... kesian anak aku......