Hish... bila baca aje paper, pasti ada kejadian buang anaklah, bunuh anaklah... Manusia apakah mereka itu? Sudah hilang akal ke? terbaru bila terbaca kisah budak remaja kolej bersalin kemudian letakkan mayat bayi kembarnya di dalam baldi... Zalim! mereka semua memang zalim!.
Mereka ingat anak itu mudah untuk diperoleh. Mungkin mereka begitu senang untuk mengandung berbanding dengan orang2 yang sangat memerlukan anak ni. Aku memang marah bila membaca kisah2 begini sejak dulu lagi. Apa tidaknya, aku sendiri susah hendak dapat anak. Empat tahun lamanya, aku menanti dan terus menanti. Berusaha sana sini untuk dapatkan zuriat. Wang ringgit jangan cakaplah, habis mengalir macam tu saja. Usaha aku langsung tidak datangkan hasil, sehinggalah aku sanggup percaya pada kurafat. Sebenarnya aku memang susah hendak percaya bomoh2 ni, tapi entah kenapa kerana hendak dapatkan zuriat pendirian itu aku letak tepi.
Aku pergilah ke sebuah rumah di sekitar bandar JB, rumah sentinggan (maaf tak boleh bagitau di mana). Aku berjumpa dengan seorang lelaki yang kononnya tubuhnya boleh di datangi oleh seorang wali yang beratus tahun lamanya sudah meninggal dunia. Cara perubatannya sangat pelik sekali, bila dia baca mentera saja tiba2 suaranya sudah bertukar (loghrat dialah), dia suruh aku buat itu dan ini. Aku masa tu langsung tak terfikir kena tipu, tapi aku turuti juga. Sebagai manusia biasa, boleh ke kita buat solat hajat sehingga 100 kali, dan membaca ayat khursi sehingga beribu kali dalam satu malam? menurut katanya kalau kita tak boleh buat, kita kena bayar sejumlah wang yang dia tetapkan, punyalah bodoh, percaya sangat hampir RM500 terbang begitu saja. Menurut katanya lagi, kalau sudah bersalin aku kena bawak anak aku pergi ke pulau besar dan sedekahkan pulut kuning serta ayam di salah satu kubur wali di sana?
Setelah beberapa hari, aku duduk bersembang bersama suami, suami akupun bukak mulut. Dia kata perbuatan kita ni dah kira syirik, kita percaya benda2 kurafat. Apa tidaknya kalau dah pulut kuning dengan ayam tu, maknanya dia puja jin. Hish! aku baru tersedar dan terus bertaubat. Tidak seharusnya kita letakkan kepercayaan kepada manusia 100%. Sepatutnya kita serahkan ianya kepada ALLAH yang maha kuasa. Kita hanya perlu berusaha. Akhirnya, aku berubat dengan seorang kenalan suami yang kebetulan dia seorang tukang urut. Dia bagi air yang sudah dibaca dengan ayat2 Al-Quran, di samping itu dia menyuruh aku dan suami membaca zikir sambil sentiasa berdoa kepada ALLAH. Akhirnya, aku dapat juga zuriat seperti yang aku impikan selama ini.
Bayangkan betapa susahnya hendak dapat anak? itu kes aku, dapat juga akhirnya, kalau kita renungkan nasib pasangan yang sudah berkahwin berpuluh2 tahun tapi tak dapat zuriat? bayangkanlah perasaan mereka bila membaca kisah2 seperti ini.
Kepada anak2 remaja sekarang fikirlah dulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu. Jauhilah zina kerana bila sudah berzina tidak mustahil, anda menjadi pembunuh pula.
Kepada ibu bapa pula, bertanyalah kemana anak kita hendak pergi, berkawan dengan siapa dan selalu2lah pantau anak kita bila dia berada berjauhan dengan kita. Ingatlah, ceritalah pasal batas2 pergaulan, seperti mak aku, dia selalu cakap kalau kita bersama dengan lelaki yang bukan suami kita apa akibatnya, impaknya pada orang2 yang ada disekeliling kita terutama keluarga dan masa depan kita. Masa itu aku tak berasa ghairah untuk melakukan apa yang ibu aku ceritakan tapi aku lebih kepada takut kerana aku fikirkan masa depan aku sendiri.

Ingatkah wahai saudara2ku, budaya kita terlalu tinggi nilainya janganlah cemarkan dengan meniru budaya barat yang selalu ingin memesong akidah kita!