Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Isnin, 30 Januari 2012

Perpisahan

Assalamualaikum

Alkisah, suami isteri yang nampak bahagia, telah bergaduh. Si isteri lari daripada rumah selama 4 bulan meninggalkan suami serta anak2 dengan suami. Tak tahu siapa yang salah dalam hal ini. Tetapi orang keliling kata suaminya amat baik sekali.

Suaminya tidak mahu perpisahan, tetapi menurut kata suaminya, isterinya kerap meminta cerai. Setiap kali ada perselisihan faham pasti dia minta cerai. cerai dan cerai... itu sahaja yang keluar daripada mulutnya.

Si suami bersabar dan terus bersama. Dia mahu isterinya kembali dan akan memaafkan isterinya itu. Hendak di jadikan cerita, tahap kesabaran si suami sudha sampai ke tahap maksima. Si suami mula stress, tekanan perasaan dan emosinya juga tidak dapat dikawal. Akhir sekali suaminya meninggal ketika sedang memandu.

Hendak menyesal tidak berguna lagi, Hendak minta ampun sudah tiada bernyawa lagi. akhirnya kematian sebagai tanda perpisahan mereka. bayangkanlah..

Dari cerita di atas, apa yang anda dapat?

Pada saya... ya satu cerita yang menyayat hati. Sudahlah si isteri dalam keadaan amat berdosa kerana meninggal kan anak2 serta suami, dah dikira nuzus.... si suami pula kesudahannya jadi begitu pula.... Saya betul2 insaf... ya... seboleh mungkin sebagai isteri jangan sesekali meminta perpisahan andai kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri... berbincanglah molek2 andai tidak dapat membuat keputusan pergilah mendapatkan nasihat... andai tidak dapat juga kata sepakat berpisahlah secara baik...

Moga Allah merestui kita semua dan moga kita semua mendapat rahmat daripadaNYA...

sayangilah keluarga kita semua....

0 ulasan: