Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Jumaat, 6 Januari 2012

Peritnya kala itu

Assalamualaikum

Hari ini saya nak bercerita pengalaman perit saya sejak penghujung tahun yang lepas. Sungguh, ia amat menganggu tumpuan saya terutama dalam bidang penulisan. Saya tak boleh nak fikir apa2.

Ceritanya begini, Ada orang offer utk join dia puya bisness, setelah saya berhenti kerja saya amat jadi terujalah. saya mahukan sesuatu apabila saya sudah tidak bekerja lagi. Pada awalnya saya tidak rasa apa2 tetapi lama2 saya dapat rasakan ada benda yang tak kena. Saya mula tidak tenteram. Namun saya cuba pujuk diri saya.

Tapi bila sampai satu tahap yang saya rasa dia tipu saya, saya mula curiga dan terus curiga. Saya call dan sms dia tak jawab. Saya dapat rasa saya telah ditipu. Masalahnya saya dah pun serahkan duit ribuan ringgit kepada dia. Sangat2 risau kehilangan duit tersebut,

Saya siasat apa yang telah berlaku, memang nyata dia berbohong dan berniat menipu saya. Mudahnya saya ditipu dan tidak semudah itu saya akan membiarkan dia. saya beri dia masa, dia menyembunyikan dirinya di tempat yang saya tidak tahu, saya bersabar lagi.

Untuk membuang rasa risau dan berserabut itu, saya pun pergi mengikut mertua saya bercuti ke KL. Ternyata apa yang ada dalam kepala saya langsung hilang kala saya berseronok dengan anak2. Namun apabila sampai ke JB semula, masalah itu menghantui diri saya semula.

Saya nekad pergi ke rumah dia, kalau dah memang rezeki saya, saya bersemuka dengan dia. Dia bernasib baik kerana tidak bertemu dengan saya sebelum ini (kala saya belum berubah) andai saya masih berperangai lama, entah apa makian saya hemburkan. Namun mulut saya tidak lagi berkata bukan2, saya cuma minta dia pulangkan duit saya. saya tidak suka ditipu dan saya juga tidak pernah menipu duit orang.

Banyak moral yang saya dapat daripada pengalaman ini. Jangan cepat terpedaya dan percayakan orang lain. Sungguh! saya betul2 tidak faham mengapa manusia yang dilahirkan sebagai seorang Islam yang tahu hukum menipu orang masih lagi mahu mengamalkan cara hidup sebegitu.

Satu lagi yang saya belajar, duit yang saya dapat tu bukan sepenuhnya duit saya, ia milik anak2 (perlu menghabiskan utk anak2) dan ia juga milik anak2 yatim atau fakir miskin. Justeru itu perlu berfikir dan mengagihkan duit tersebut kepada yang berhak.

Mungkin juga Allah memilih saya untuk menyedarkan dia daripada terus melakukan penipuan. Entahlah saya berdoa moga dia insaf lepas ini. Moga Allah memberi hidayah kepadanya... (Saat sekarang saya masih menunggu baki duit saya tu... moga dia menyelesaikannya segera)

4 ulasan:

"Vee" berkata...

sabar Kak Syima.. mudah-mudahan semuanya ok.

syimasyawal berkata...

Ya Vee masih ada sisa kesabaran lagi... mujur akak ni masih kenangkan dia ada anak2 kalau tidak memang akak dah buat report polis. Oleh kerana dia takut, dia berusaha cari duit tu utk pulangkan pada akak...

Bukan akak nak menyusahkan dia tapi dia yang menyusahkan diri dia... mujur juga akak ada suami yang sentiasa cool... dialah penasihat terbaik akak... cepat tenangkan akak bila ada masalah...

"Vee" berkata...

encik suami sy pun selalu ingatkan, bukan senang nak dpt duit..jadi, memang kena banyak berhati-hati.sy yang duduk rumah sekarang ni pun ada mcm2 'offer' utk membanyakkan duit, tapi ambil jln selamat dgn buat kerja sendiri, bancuh tepung,gula; ambik tempahan restoran. walaupun penat, tapi puas hati. off day/cuti pun banyak, Vee jr pun suka sebab uminya sentiasa di rumah. hihi.

syimasyawal berkata...

best betul bila ada kemahiran memasak ni... ada2 jek kan... insyaallah lepas ni kena fikir dan bekerjalah sendiri tak mau lagi terikat dgn mana2 individu lagi dah