Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Jumaat, 30 Disember 2011

Jalan2 bersama2 keluarga mertua

Pada tanggal 24hb Disember, saya sekeluarga balik ke kampung rumah mertua. Suami pula dapat cuti lama. Jadi peluang ini diambil untuk bercuti di rumah mertua saja. Kalau ikutkan plan asal, kami ke Klang (rumah adik ipar), namun hasrat itu terbantut bukan terkentut ya hehehehehe...

Van yang dicari oleh adik ipar tidak dapat2 juga. Masuk pula plan B, ingat nak sewa MPV jek tidak ramai yang akan ikut. Pun turut tidak jadi juga. Masuk pula plan C, berbincang dengan biras, orang sabahan dia kata kita balik rumah mertua lepas tu buat makan2 BBQ ke, kami sudah setuju namun mujur juga kami tidak membeli barang2 basah untuk tujuan tersebut.

Rupanya dalam pada itu Mertua saya pun bertanya kepada jiran tetangganya mengenai van, manalah tahu mereka punya maklumat. Dan kepulangan kami disambut dengan berita gembira, van telah dapat disewa daripada jiran tetangga. Bermakna plan A menjadi juga.

Pada malam 25hb kami bertolak ke Klang. Ketika itu jarum jam menunjukkan ke angka 10 malam. Hah! bayangkanlah nak berjalan selama beberapa jam lagi baru sampai ke Klang. Perjalanan kami agak lancar, setelah ambil kakak ipar di Kluang kami terus menuju ke Klang. Dalam perjalanan mata ni langsung tidak boleh tidur, almaklum risau waktu2 begitu. kenderaan meluncur laju dengan kelajuan yang luar biasa. Sebab itu perasaan khuatir itu melampau2 rasanya.

Kami tiba ke Klang dalam pukul 4.55 pagi. Terpaksa tunggu adik ipar ambil kerana takut sesat pula. Setelah selesai solat subuh semua kepenatan. Bangun pun agak lewat daripada biasa.

Selama 4 hari di sana, asyik berjalan saja. Pergi Ke KL, Shah Alam, Banting. Wah! masa berjalan tidak pula rasa penat. Balik pun sampai jauh malam.

Tetapi bila tiba di rumah saja, sudah mula kelepakan. Hah! apa lagi, mahu tidur saja... hehehehehe... tapi apa2pun rasa seronok sangat2. sementelah lagi adik ipar merangkap biras lelaki saya memang pakar dalam jalan2 di KL. Tahu sahaja di mana jalan yang kurang kesesakan lalu lintas... apa2pun amat seronok bila berkumpul ramai2 begitu sebab selama ini semuanya amat sibuk sekali.




beberapa keping gambar yang saya tepek di sini. Malas saya nak upload banyak2. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat adik ipar saya, melayan, memberi makan dan tempat tidur yang selesa buat kami sekeluarga... love youlah sister inlaw.