Bertemu kembali...
Hari ini saya tersangatlah rajinnya. Seawal 5 pagi saya dah bangun nak buat donat. Saya dapat resepi ni daripada kawan saya Ainin Naufal. Dia memang pakar masak memasak. Biasa rujuk kat dialah.
Saya pergi google resepi DONAT SURIA. Jumpa pulak kat Blog Mat Gebu, seorang lagi pakar masak memasak. Apa lagi salinlah resepi tu. Memang berbaloi guna resepi ni. Jangan takut mesti jadi punya. Kelembutannya hmmm.... usah diceritakan lagi tak buat mana nak tau. Memang gebussss....
Ini Resepinya...
DONAT SURIA
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
Itu cerita donat, hmmm satu lagi menu pagi ni, nasi lemak permintaan suami saya... Naik pening anak2 saya nak makan yang mana satu. Donat ke nasi lemak.... Alhamdulillah, lepas ni nak pelbagaikan lagi masakan nak cuba macam mana pakar2 masak yan gada kat internet ni buat. Kalau kita tak cuba macam mana nak jadi pakar, kan? Biasanya ia akan menjadi bertambah baik apabila kita sering mencuba.
Okeylah setakat itu saja.... sesiapa nak cuba resepi ni cubalah ya.... tata... jumpa lagi....

0 ulasan:
Catat Ulasan