Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Selasa, 20 Disember 2011

Menjahit baju kurung

Assalamualaikum

Bertemu lagi... pada hari ini saja nak cerita pasal baju kurung. Apatah lagi saya sedang gigih menyiapkan 4 pasang baju kurung sekolah untuk anak sulung saya.

Agak lama juga saya tidak mnegunting baju dan menjahit baju. Ketika saya bekerja, semuanya saya tempah. Mudah bukan? hanya sediakan kain dan hantar kepada tukang jahit. Cukup masa semuanya siap.

Tapi tahun ini saya sudah tidak bekerja, jadi rasanya tidak wajarlah saya hantar baju lagi kepada tukang jahit. Lebih baik saya buat sendiri. Mahu tergelak saya bila anak sulung menjerit kesukaan apabila baju sekolahnya sudah siap dicantum dan menjadi sehelai baju.

Inilah dialog dia : Eh... eh... ibu dah pandai buat bajulah...

Saya ketawa sahaja. Rupanya dia tidak tahu selama ini ibu dia memang sudah tahu membuat baju. Dia sering melihat saya menjahit langsir sahaja. Fikirnya saya memang kurang mahir dalam membuat pakaian. Sebenarnya saya belajar menjahit sejak saya tingkatan dua lagi. Ketika itu cuti sekolah, emak saya terlalu sibuk. Lagi beberapa minggu sekolah akan dibuka. Emak saya kata dia tidak sempat buat baju baru untuk saya memandangkan dia perlu menyiapkan baju adik2 saya yang lain. Sangat sedih saya ketika itu, sedangkan kain putih memang ada di rumah.

Perlahan saya mendekati emak, saya kata saya hendak baju baru. Emak suruh saya jahit sendiri memandangkan emak terpaksa menjahit baju adik2 menggunakan tangan. Mesin jahit kami rosak. Dengan penuh keyakinan saya sanggup lakukan apa saja asalkan saya dapat baju baru.

Emak apa lagi, dia memotong baju untuk saya. Ketika itu saya perhatikan emak, cara dia potong kain dan cara dia ajar bagaimana henda cantum2kan baju itu. Dari situlah saya belajar. saya menjahit dengan menggunakan tangan sahaja! Tidak percaya? anda perlu percaya.... saya jahit rapat2 agar jahitannya tidak renggang apabila telah menjadi baju. Ternyata daripada terpaksa saya belajar sesuatu, ya sesuatu mengenai tugas seornag wanita. walaupun sekarang ini lelaki pun sudah pandai menjahit, saya rasa saya akan punya kekurangan apabila tidak mengetahui bagaiman hendak menjahit baju. Tidak sempurna saya sebagai seorang perempuan apabila perkara2 itu saya tidak pelajari. Sebab itulah kesemua adik beradik perempuan saya pandai menjahit. Kakak saya saja mengambil upah menjahit baju.

Itu saya ya... pendapat saya sahaja. jangan pula ada yang terasa.

Insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan mengambil kursus menjahit baju melayu lelaki pula.... agak sukar membuat baju lelaki, tetapi sekiranya tidak belajar, macam mana pula kita hendak pandai, kan?

Di sini saya letak link blog yang boleh dibuat panduan dalam mempelajari membuat baju kurung. anda boleh klik -----> BELAJAR JAHIT

okey semua selamat belajar dan mencuba ya! sampai jumpa lagi....

0 ulasan: