Impak Lakonan Aaron Aziz, “Ombak Rindu” Mampu Cecah Keuntungan RM15 Juta?
Wah! tajuk kat atas tu bikin gempak, kan? tapi tentunya tak mustahil jangkaan itu, nak baca artikel sepenuhnya klik Di Sini Memang dasyatlah penangan filem ni. Apatah lagi impak kepada penjualan novelnya.
Saya tak tengok versi
filemnya memandangkan saya memang tidak berminat menonton wayang.
Setakat nak tengok DVD tu boleh lagilah layan gan keluarga, macam-macam
komen, kritikan dan kontroversi dicetuskan atau sememangnya
disengajakan, saya pun tidak tahu.
Saya hanya membaca novelnya. Saya meminati penulis ini sejak membaca
novel pertamanya. Pulak ia berkisar dengan gadis yang bekerja di Pasir
Gudang. Selepas itu saya membaca pula novel ombak rindu, ternyata novel
ini tidak mengecewakan juga. Ketika mula2 novel ini dikeluarkan semuanya
jadi ulat buku. Lepas seorang, seorang pinjam. Masing2 amat menyukai
jalan cerita novel ini.Selepas penulis tidak bersama alaf lagi, saya sudah tidak membaca novel2nya. tidak tahu mengapa, saya sering membandingkan novel2 selepas novel ombak rindu dengan novel terhangat ini. saya tidak tahu mengapa. mungkin bukan saya seorang sahaja berkata begitu... (saya membuat andaian sendiri ini ya... jangan pula ada yang marah2) hehehehehe.
Berbalik kepada filem ini, saya tidak berani hendak memberi komen apa-apa kerana saya tidak menonton lagi versi layar perak ini. apa-apa pun kontoversi yang baru sahaja diselesaikan oleh pihak-pihak tertentu memang sangat membantu melonjakkan lagi filem ini. Boleh dikatakan laku keraslah! siapa sangka, bukan?
Apa-apapun, walau tidak banyak, sedikit pasti ada menanamkan bunga-bunga perasaan kepada setiap penulis novel yang mahukan hasil karyanya pergi ke versi layar perak. Paling tidak pun buat drama pun sudah cukup bagus. Ia memang mempunyai kuasa yang luar biasa apabila lonjakkan jualan novel kembali laku keras (itupun tengok hasil versi gambaran yang ditayangkan itu bagus ke tidak)
kalau tanya saya? Hmmm tentulah saya mahu... saya tidak ragu2 dengan keputusan itu dan tidak malupun hendak mengaku. cuma.... saya kenalah memandang cermin dua atau lebih kali untuk melihat diri sendiri hehehhehe siapalah saya, bukan?
Saya doakan moga kita semua perolah rezeki yang halal daripada Allah... yang berjaya tu, ingat2lah pada orang yang memerlukan... jumpa lagi

2 ulasan:
akak doakan, suatu hari nanti, novel2 shima juga berpeluang ke layar perak mahupun drama ya..amin!
terima kasih kak... love you lah hehehehehhe
Catat Ulasan