Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Jumaat, 23 Disember 2011

Cadangnya....

Assalamualaikum semua....

Ini tengah berfikir2 sama ada hendak meneruskan ataupun tidak...

Cadangnya nak masak nasi tomato, hmm sedapnya... tapi itulah En. suami kerja pagi pula. Kurang seronok apabila dia tak ada bersama2 mengecohkan dapur...

Saya dah cari2 resepi nasi tomato.... Ayoh kita buat... sedapnya..... ini berangan tahap apa dah ni kalau tak jadi buat esok makan magilah jawabnya...


RESEPI AYAM MASAK MERAH....

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. 
RESEPI NASI TOMATO
  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng
  
Cara-cara


  • Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  • Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  • Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  • Masaklah nasi macam biasa.
  • Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

0 ulasan: