Assalamualaikum
Hmm... dah 2 hari adik mulakan sekolah. sebulan lebih awal daripada sekolah2 lain. Bersemangat betul dia nak pergi sekolah itulah adik. Mungkin dia boring, duduk di rumah hanya ada kakak sahaja. sekiranya oergi ke sekolah, kawan-kawan ramai.
Saya memang memilih Sekolah Pintar Bistari bagi menempatkan anak saya ini. Bukannya apa, pemiliknya memang kita dah tahu 100% Islam. Lagipun sekolah ini juga merupakan sekolah di mana anak sulung saya belajar. saya sudah nampak hasilnya. Selain daripada pandai mmebaca rumi dan jawi juga bahasa English, ayat2 solat juga dia telah menghafalnya dengan baik. umur 6 tahun juga sudah pandai solat. itulah yang saya titik beratkan. yurannya juga pada saya berpatutanlah.
sudah dua hari bersekolah cikgu hanya mengajar mewarna. Mungkin hendak melatih murid2 yang kurang mahir. Anak saya sebelum pernah bersekolah jadi tidak punya banyak masalah. bila melihat wajah si adik, nampak dia memang suka sekolah itu.
Harap2 adik menjadi lebih terbaik daripada sebelum ni.... semoga berjaya anakku

0 ulasan:
Catat Ulasan