Assalamualaikum
Lamanya saya tak menulis dalam halaman ini, hari ini saya saja2 nak menulis. Lihatlah tajuk di atas, perkataan 'cabul' itu saya cedok daripada perbahasan di facebook.
Sejak kebelakangan ini, sedang hangat diperkatakan novel2 prono atau novel2 cabul yang terang2 menyingkap kain watak tersebut. Perwatakan dalam bilik tidur terus2an dijadikan satu tarikan. Begitulah erti kata cabul yang mereka maksudkan.
Ternyata ia menjadi pilihan pembaca. Saya sebagai penulis, agak takut juga suatu hari nanti industri buku akan disekat dan digam daripada terus di pasarkan.
Betul jugakan? kepada adik2 yang mula nak menapak dalam dunia penulisan, tanya pada diri sendiri, ke mana arah tuju novel kalian... jangan berani2 buat watak singkap kain itu sampai menimbulkan satu tanda tanya, macam mana mereka tahu watak dan babak itu berlaku dalam bilik suami isteri sedangkan mereka masih lagi bujang?
Untuk peringatan diri saya juga andai saya pernah lakukan dosa yang sama menulis perkara yang bukan2 saya minta ampun kepada Allah... moga Allah sudi mengampunkan dosa2 saya... maaf kepada pembaca2 yang pernah beli novel saya andai ada watak2 begitu, kala itu mungkin saya tidak langsung memikirkan hukuman Allah...
Jadilah penulis yang disayangi Tuhan.... kerana ia bakal dihitung di akhirat kelak... moga kalian mendapat perlindungan daripada Allah hendaknya....
Wassalam....

0 ulasan:
Catat Ulasan