agak lama juga saya menyepikan diri. Saya terlalu sibuk, walaupun kadangkala saya terfikir apa yang saya buat sampai masa saya amat terhad sekali hehehehehe... (masa ni kena termenung sekejap ala2 orang blur gitu).
Okeylah saya nak cerita sikit tentang aktiviti ssaya di bulan puasa ni, bukan aktiviti saya di rumah tetapi apa yang saya jalankan di bulan yang mulia ini.
Dengan kata sepakat saya bersama2 dengan dua orang rakan saya Norasiah Othman dan Zarul Hafizah telah berkongsi untuk membuka bazar menjual biskut raya serta kerepek2. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Kepada rakan2 yang berada di sekitar JB bolehlah singgah di gerai kami yang terletak di Pusat Bandar, Pasir Gudang. Gerai itu tertera nama NORASIAH OTHMAN berhadapan dengan butik muslimah juga pemiliknya adalah Norasiah Othman.
Di bawah ini beberapa keping gambar gerai kami...
semua kuih ini di beli dari Rbecca Cookies ternyata kelazatannya... dan dijamin berkualiti. Marilah singgah ya... berilah sokongan keapda kami...












0 ulasan:
Catat Ulasan