Assalamualaikum
Setelah dua minggu menjadi surirumah, boleh saya katakan, ia sangat sibuk berbanding dengan bekerja di pejabat. Sungguh! Bila bekerja ada masa untuk berehat, tetapi menjadi surirumah tangga yang mengurus anak2, saya rasa tidak semudah yang disangkakan. Apatah lagi mempunyai anak2 yang bersekolah.
Pagi2 selepas solat buat sarapan, selepas itu menyiapkan bekal anak2 dan siapkan anak ke sekolah. Pergi pula ke kedai beli ikan, kadang saya lebih suka suruh suami beli sehari sebelumnya sebab tidaklah kelam kabut, sementelah lagi ikan di kedai pagi2 banyak yang dah pecah perut.
Lepas tu masak, mengemas rumah. Dulu saya tak fikir nak kemas rumah hari2 sebabnya balik kerja dah petang, rumah pun tidaklah bersepah sangat, sapu pun ala kadar. Selepas dah duduk rumah sepenuh masa, memang tak boleh kalau tak sapu rumah. Habuk sentiasa ada, masa nilah ringan aje tangan untuk mengemop. Hmm memang berlainan dari sebelumnya. Dulu memang tunggu suami yang mop rumah, sekarang tidak lagi. Boleh rasa sendiri rimasnya.
Saya tak tahu macam mana ada yang kata jadi surirumah itu sungguh membosankan. Pelik! mungkin itu surirumah yang tak ada kerjaya sampingan, boleh menghafal setiap rancangan tv. Tapi tidak pada saya. jarang saya tengok TV. Atau saya dah terbiasa bukan suka tengok TV? saya pun tak pasti. Yang pasti, masa saya amat terhad apatah lagi hendak berkarya. Isu ini yang buat rakan penulis saya Ainin Naufal naik angin. Ada yang menyindirnya, masakan jadi surirumah tidak boleh menulis banyak2? wah! sangat tidak sopan soalan itu.
Masa kami untuk bersantai ketika jam 4.00 petang, tapi kami tak dok baring aje. Kami perah otak untuk mencari idea, bukan mudah rasanya waktu bekerja lebih mudah idea itu datang. Saya alami semua ini. Mungkin fikiran kita tidak stress atau tubuh kita tidak penat. Sepatutnya waktu rehat itu digunakan untuk berehat, tapi demi mencari pendapatan sampingan, kami leburkan masa itu untuk menulis.
Mungkin istilah bukan senang nak jadi senang amat bersesuaian buat kami yang menjadi penulis sepenuh masa ini. Kekangan waktu amat menyukarkan kami. Lainlah memang kami dikhaskan untuk menulis sahaja, makan minum anak2 serta suami orang lain yang buatkan... rasanya kami belum sampai ke tahap itu untuk mengajikan orang lain bagi menguruskan suami dan anak2.
Jadi kesimpulannya, jangan sesekali berkata surirumah itu memang banyak masa untuk goyang kaki dan bersantai2, apatah lagi memperlekehkan kami sebagai penulis yang tak mampu menghasilkan banyak karya. Apa yang penting hormatlah orang tak kira tak bekerja ataupun bekerja. Kunci mulut dan jangan kata mengata....

2 ulasan:
betul!!!!!!!!!!!!!!!!(panjang pulak tanda seruan tu kan..hehehe) Aku tidak menyangka rupa-rupanya kerja suri rumah memang 'pack'. walaupun aku ada masa depan tv, tu pun sebab sambil-sambil layan anak aku yang masih b/feeding.
Aku tak nak ulang ayat2 di sini, sebab apa yg kak syima tulis, memang lebih kurang apa yang kualami sekarang. mungkin kita kena tunggu 2-3minggu lagi kot, mana tau lepas ni kita semakin 'adapt' dengan title surirumah, dan semakin bijak menangani tugas2 surirumah.. hihihi.. tapi, memang, lebih penat berbanding time kerja dulu (2 minggu lepas)..huhuhuhu. sesungguhnya, aku memahami.
hehehehehe... kannnnnn... baru rasa sendiri... dulu kita pun memperlekehkan sama hehehheehe... apa2 pun selamat berjuang untuk menjadi surirumah yang berkualiti chaiyok!!!
Catat Ulasan