Berkenaan tajuk di atas, saya nak cerita pasal adik. Sejak dia tahu apa itu lampu isyarat, merah utk apa, kuning utk apa dan hijau utuk apa, dialah jadi polis traffic utk kami. Tidak kira siapa yang sedang memandu ketika itu. Dia pasti akan ingatkan, bahawa jika dia nampak saja lampu kuning menyala dia akan segera menyuruh kami berhenti. Dia kata, kuning sedia, sedia utk berhenti.
Pernah sekali tu, saya berhenti di lampu isyarat, sebelah kereta saya beberapa buah motosikal dan ketika lampu merah itu masih menyala, penunggang motosikal itu pun jalan sahaja. Mungkin dia pasti tak ada kenderaan dari mana2 arah. Adik pulak mula marah2, dia kata "Eh... eh... eh... kenapa moto tu jalan? kan ke lampu merah lagi. apalah orang ni, mana boleh jalan lampu merah, orang jalan lampu hijau. Tengok ibu tak jalan pun kan ibu?" begitulah lebih kurang. Saya hanya mampu mengangguk aje. Padahal dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.
Bukan ibu dia tak pernah buat pun langgar lampu merah (opss bukan selalu eh adalah sekali dua itupun begitu pasti tiada kenderaan yang berjalan dari mana2 arah). kalaulah dia tahu... habislah ibu dia kena motivasi percuma...
Lepas ni, memang tak de lah nak langgar lampu isyarat lagi. Kalau minah tu ada dalam keretalah... kadang malu jugak bila dia bebelkan orang2 tua...

0 ulasan:
Catat Ulasan