Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Jumaat, 1 Julai 2011

Adik...

Dari jauh dah dengar mulut dia, hmmm ... saya sambut dia balik daripada sekolah. Minggu ini ayah dia yang ambil sebab ayah dia kerja petang.

Sampai saja rumah dia mula bebel, "Ayah ni ambik lambat jek. Adik tunggu lama..." saya tertanya2 kenapa dia membebel pula? rupanya ayah dia kata hari jumaat budak2 balik pukul 11.30, bermakna ayah dia dah terlewat setengah jam. Patutlah dia membebel. alahai... anak... anak... lewat sikit pun tak boleh.

Tapi seronok juga duduk rumah, disapa oleh anak bila mereka balik sekolah. Semua mencari mana ibunya, kalau saya ada kat dapur, mereka akan terus ke dapur. Rasanya hidup saya lebih sempurna, dapat tengok sendiri dan menjaga sendiri anak2...

Tapi biasalah dah nama budak2 ada waktunya mereka bercakaran... masa tulah mneguji kesabaran kita. Belum lagi bergurau dalam bilik air. Tapi sabar... banyak manis dari pahitnya insyaAllah...

0 ulasan: