Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Khamis, 2 Jun 2011

Impian saya....

Selama ini saya berimpian untuk menjadi ibu sepenuh masa. Sejak beberapa bulan yang lalu, semakin kuat pula hasrat saya itu.

Alhamdulillah Allah telah membuka jalan ke arah itu. InsyaAllah jika diizinkan olehNYA saya bakal menjawat jawatan baru hehehehe iaitu menjadi surirumah sepenuh masa.

macam manalah rutin hidup saya nanti ya? Kena hantar adik pergi sekolah, jalan kaki sahaja kerana sekolahnya dekat dengan rumah saya. Rasanya si kakak pula ingin melatih dia menaiki basikal ke sekolah. Biarlah dia berdikari sendiri. Tapi kena pastikan juga dia mesti pergi dengan kawan.

Sambut suami balik kerja, siapkan bekal suami pergi kerja... wah... penuhnya jadual waktu... tapi saya sudah tidak sabar hendak lakukannya!

Menjadi surirumah sepenuh masa, ganjaran pahalanya maha hebat. Asalkan kita ikhlas melakukannya kerana Allah... moga2 saya mempunyai keikhlasan hati sepertimana yang dikehendaki....

0 ulasan: