Tengah berfikir apa hendak disumbangkan kepada acara yang bakal berlangsung 3hb nanti di Selangor. Nilai hadiah yang diberikan oleh pihak syarikat memanglah minimum sekali tetapi apa ya? Apatah lagi acara itu bakal disertai oleh golongan remaja? aduhai pening juga ya? Tak pe malam ini saya berfikir lagi untuk mencari idea.
5 Buah buku saya bakal saya hadiahkan kepada satu acara yang bakal diadakan di sebuah sekolah di negeri sembilan. Mujur kawan saya bisik2 kepada saya, jika tidak saya tidak tahu aturcara tersebut bakal berlangsung. Jadi apa salahnya saya sumbangkan 5 buah novel saya itu, bukan? sekurang2nya buat promosi hehehehehe....
Bulan 7 bakal menjelang, kepala pun mula memikirkan hadiah buat bonda tercinta yang bakal menyambut hari lahirnya pada 8.7.2011. Anak sulung saya juga pada 16.7.2011 dan saya sendiri... opsss... takkan saya nak beri hadiah kepada diri sendiri pula... hmm anak sulung pula mula bisik2 dia mahu sebuah basikal. almaklum saya sudah menjadi surirumah sepenuh masa jadi, kalau saya tak boleh hantar dia ke sekolah, dia boleh pergi sendiri dengan menaiki basikalnya. asalkan basikal itu perlu lebih tinggi dan ada bakul. Basikal yang ada sekarang lututnya sudah berlaga dengan handle. Macam mana tu? Tengah pikirlah ni, perlu beli ataupun tidak. Tapi rasanya perlu belikan juga. Andai saya pening2 ke, siapa yang hendak hantar dia ke sekolah?
so fikir... fikir... fikir....

2 ulasan:
Ahaa.. jumpa di sanaaa. Jgn lupa miscall2 ahaks.. hik hik
hahahaha awak kita tak pergi ler ada seminar gan dr. azizan daaaa... rasa macam nak beli hadiah jek bagi pada mereka... tapi tulah payah gak nak pos bagai tengah pikir lagi ni...
Catat Ulasan