Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!

Bio Ever Krim Ajaib Untuk ANDA!!!
Klik gambar untuk ke sana!!!!!

Pengikut


SHout

Rabu, 15 Jun 2011

Bertemu lagi...

Alhamdulillah... syukur kita kepada Allah kerana telah memanjangkan usia kita untuk menjalani ibadah di bulan rejab ini...

Banyak yang ustazah saya syorkan untuk diamalkan tiga bulan ini sehingga menjelangnya ramadan. Antaranya buat solat2 sunat dan membaca Al-mathurat. Jadikan ia sebagai amalan harian kita, ibarat keseronokan kita memakan sesuatu yang kita sukai... cuba kita amalkan mungkin rasanya lebih enak lagi, bukan?

doa-doa serta zikir2 mathurat itu boleh di dapati di sini, kalau dapat menghafalnya lagi bagus.Selagi tubuh badan yang masih gagah ini diberi pinjaman kepada kita, lebih baik kita berusaha... InsyaAllah ada ganjarannya nanti. Allah itu maha berkuasa.

Mungkin saya akan menamatkan perkhidmatan saya di syarikat yang telah saya curahkan tenaga selama hampir 14 tahun pada hujung bulan ini. Memang sudah tersurat saya akan berhenti sebelum cukup umur saya 40 tahun. Syukurlah... target saya tahun hadapan, Allah memudahkan pula pada tahun ini... syukur... diberi pula rezeki yang lebih sedikit. bak kata perpatah pucuk dicita ulam mendatang... tidak sangka saya perlu keluar dari syarikat secepat ini...

Banyak yang saya sedang rangkakan... insyaAllah... saya akan laksanakan sedikit semi sedikit dahulu. Mudah2an Allah perkenankan dan permudahkan lagi segala urusan saya....

Selepas ini kerja-kerja saya akan berubah. Menjadi ibu sepenuh masa, menghantar dan mengambil anak sekolah, membuat kerja2 rumah... impian yang saya tanam sejak dari dahulu lagi... inilah masanya saya akan curahkan bakti kepada suami dan anak2 pula...

Dan mungkin inilah masanya saya menjadi penulis sepenuh masa. InsyaAllah... doakan yang terbaik buat saya dan keluarga....

0 ulasan: