Kalau ikutkan hati saya memang malas nak menulis apa-apa di alam maya ini lagi. Kenapa saya kecewa ke? Biarlah rahsia... FB saya dah lama terbiar sepi. Memang saya dah malas nak berFB... Kalau ada hal hantar sahaja mesej di mail saya.
Dalam saya dah tak berFB, saya punya masa untuk menulis. Sekarang ini pun saya mampu membuat sampai ke bab 14. Percaya atau tidak itulah kenyataannya. Jelaslah, FB amat melekakan saya dari tugasan saya. Sepatutnya saya dah boleh segerakan manuskrip yang terbengkalai itu. Hmm... lepas ni insyaALLAH semua akan berjalan lancar.
Kepada pembaca novel2 saya, doakan saya mampu buat yang terbaik. Terima kasih

0 ulasan:
Catat Ulasan