CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 2008 November 30

cinta ke tak cinta?

Ungakapan
Dulu aku sering berpendapat kalau lelaki yang sering menyatakan ungkapan cintanya kepada perempuan maknanya lelaki itu jujur dan romantis sekali... tapi betul ke? Menagapa perempuan sering kecewa dengan lelaki seperti ini?

Bagaimana pula, kalau lelaki yang jarang mengungkap kata-kata cinta, bunga-bunga bahasa dan juga sifatnya kurang romantis... adakah lelaki ini tidak jujur? Tidak cintakah dia pada kita? tapi kenapa perempuan ada yang setia dengan lelaki seerti ini?

Perbuatan
Pernah juga aku terpengaruh, lelaki yang sering tunjukkan rasa cintanya melalui perbuatan, contohnya ambil kerja setiap hari, sering membuka pintu kereta untuk si gadis (seperti dalam novel2 cinta), kalau sang kekasih perlukan apa2 segera dia mendapatkan kita... namun ada juga yang kecewa kerana sifat itu juga yang dia lakukan kepada wanita lain? hmmm...

Satu lagi, kadang kita rasa tak dipedulikan, dia akan datang bila ada perkara penting, ambil berat juga tapi hanya sekadar menjadi pendengar saja, lebih pentingkan kerja, kalau naik kereta kena bukak pintu sendiri, kalau duduk di kerusi pun kena tarik sendiri... adakah lelaki ini tidak cintakan kita?

Pemberian
Ada juga lelaki yang sanggup beli barangan mewah bila tiba hari lahir sang kekasih. Makan di tempat yang best2 dan penuh romantis. adakah lelaki ini betul2 cintakan kita?

macam mana pulak lelaki yang jarang bagi hadiah, tapi tak lupa nak ucapkan sesuatu pada kita. Kalau bagi hadiahpun hanya sekadara ada saja, kalau makan tu tempat yang biasa2... terukkah lelaki begini?

Yang mana satu anda mahu? Bahagia di masa bercinta atau setelah berkahwin? Kehkehkehkeh.... pada aku, lelaki kedua tu yang tidak disangka akan berubah laku setelah anda bersama dengannya. Lelaki jenis ini bukan jenis kedekut tapi dia seorang yang bertanggungjawab. Tak caya? Dulu akupun tak caya gak, setelah aku dapat lelaki itu, barulah aku tau... siapa lagi, kalau bukan pak we aku sekarang ni... dulu memang sakit jiwa jek, konon nak lelaki yang macam dalam novel... aduii... suka sangat terpengaruh tau... rupanya, lelaki yang macam tak de perasaan tu ler yang betul2 jaga kita, betul2 ambil berat tentang kita, betul2 sayangkan kita... itupun dah sah jadi isteri ler, kalau tak sah lagi jangan harap kekekekekekeke....

moralnya... jangan terlalu terpengaruh dengan kata2 manis masa bercinta, janganlah terlalu membazir beli barang mahal2 last2 sekali kalau kecewa itu yang separuh gila tu. Ada yang tak sanggup terima kenyataan, ada yang meroyan bagai... dan... kalau sayang tu dari 10 korang bagi 5 atau 6 udah ler.... jangan lelebih... lagi satu... jangan gadai maruah kerana cinta dek non oiii... belakang hari merana tak sudah.... fikir2kan ler...

0 ulasan: