CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 2008 April 21

Ulasan Novel 1 - Garis2 Deja Vu oleh JN


Hmm ... ini kali pertama aku baca novel Jn, dan aku sudah mula jatuh cinta. Sebab apa? sebab bahasanya. Jalan cerita pulak tidak lah terlalu berbelit2 ... Terus terang aku takkan sentuh cara penulisan atau plot2nya ... bagi aku, aku cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Segala2nya hak penulis dan aku takkan impikan cerita ini jadi begini atau begitu...

Apa yang aku suka dalam novel ini, ianya lain daripada yang lain. Isu2 seperti Murtad, kecurangan dan mencari kasih yang hilang begitu menarik sekali. Jn juga berjaya mengarap tiga watak utama berjalan seiring tanpa rasa jemu membacanya. Aku juga tidak rasa keliru malah rasa seronok pulak. Apatah lagi mengenai pengembaraan di padang pasir. Teringat dan terbayang di ruang mata bagaimana sukarnya mengembara di sana.

Paling aku respek dengan JN, tiada satupun dialog bahasa asing dalam novel ini. Tahniah! selama ini aku tercari2 juga penulisan begini. Tiada dialog dalam BI pun masih menarik dan sedap dibaca.

Aku memang tak pandai ulas benda2 yang detail, cukuplah apa yang aku tulis ini. Rasanya rugi kalau tidak dapatkan novel ini. Sesekali membaca isu2 yang lain ok gak, jangan 100% cinta saja, kan?

Tahniah Jn, semoga Jn akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan baik dan terus jadi terbaik ... Harap Jn dapat mengupas pelbagai isu lagi, akak akan follow novel Jn selepas ini. Kepada yang belum memiliki GGDV belilah dan hayatilah kelainan cerita yang ada di dalamnya.
************************************
sorry kalau rasa ulasan ini tidak menarik... memang aku tak reti komen org ler hehehehehhe
**************************************

3 ulasan:

john norafizan berkata...

Salam kak,
ehehe terima kasih sesangat. lega bila dapat tahu akak suka dengan novel ni :) :)

Insya Allah akan buat yang lebih baik lagi selepas ini

syimasyawal berkata...

salam JN...
Habis ceritanya bagus. mau tak suka heheheheheh....

moga terus berjaya...

ds berkata...

:) lbh2 lagi dpt preeee.. huu huu

*Tahniah, JN!